Khamis, Februari 21, 2013


Ya! Memang itulah hakikatnya. Si Hadi Awang ni sebenarnya seorang yang Penakut sampaikan dengan bayang - banyang sendiri pun boleh buat dia terkencing.

Pelik kan? Selama hari ini, puak - puak Pakatan Pembangkang ni sibuk sangat dok kata orang lain amalkan rasuah itu dan ini. Kononnya diorang nak memburuk orang lain la.

Diorang selalu jugak dok dabik dada kata diorang ni berjuang menentang korupsi di Malaysia ni. Kononnya diorang ni penentang gejala rasuah ni.

Tapi, bila diminta untuk nyatakan komitmen diorang menentang rasuah secara zahir, banyak pulak alasan yang diorang bagi. Banyak pulak buah silat diorang.

Sebelum ini, diorang didesak untuk menyerahkan senarai calon PRU kepada pihak SPRM untuk ditapis sama ada mempunyai rekod rasuah atau tidak.

Sampai hari ini, mati - mati diorang masih enggan untuk berbuat demikian. Apa yang diorang takutkan sangat? Kata nak memerangi rasuah?

Sekarang, nak suruh tandatangan ikrar pun diorang takut. Nak perangi rasuah menda kejadahnya kalau macam tu? Itu namanya Penakut!!!

Kalau betul diorang berani, kenapa pulak nak bagi alasan yang bukan - bukan? Setakat turunkan tanda tangan pun dah boleh buat diorang terkencing dalam seluar?

Memang betul la. Kalau setakat turunkan tanda tangan, tak semestinya dalam hati tu boleh berubah. Tapi sekurang - kurangnya niat disusuli dengan perbuatan.

Kot kalau main niat tanpa perbuatan pun tak guna jugak. Sama la macam solat. Kalau solat pun main niat je, tak jadi jugak kan? Tak mendatangkan faedah jugak. Takkan la benda tu pun Si Hadi Awang ni tak paham!!!
KUALA LUMPUR: PAS tidak akan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya bersama Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) sebagai perisytiharan umum mempertahankan integriti dan komitmen membanteras rasuah khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata apa yang lebih penting adalah niat di dalam hati dan bukannya menandatangani ikrar.
"Yang penting dalam hati. Kalau tandatangan tapi dalam hati tidak betul, tidak guna juga," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Treler PAS Negara Kebajikan di Ibu Pejabat PAS, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas komitmen yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang menandatangani ikrar tersebut.
Difahamkan Najib menandatangani perjanjian itu atas kapasitinya sebagai individu bukannya sebagai Perdana Menteri. Beliau juga memberi jaminan semua calon BN akan turut menandatangani ikrar itu. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping