Ya! Kalau korang nak tau, inlah bukti kebebasan hak bersuara yang sering digembar gemburkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu.
Semalam, SH ada ceritakan pasal seorang pegawai kanan Rejim PAS Kedah yang telah dikantoikan menyokong Barisan Nasional secara terang - terangan.
Kononnya, diorang mendakwa pegawai kanan tu berdosa besar sebab menyokong BN sedangkan dalam masa yang sama dok makan gaji dengan Rejim PAS.
Dalam erti kata lainnya, kalau orang nak sokong diorang boleh. Tapi, kalau sokong Barisan Nasional, semuanya haram belaka. Sama la nasib yang menimpa Salleh Yaakob ni.
Walhal, dia sekadar buat sitkom yang kebetulan ada kaitan dengan isu - isu semasa. Dari satu sudut, apa yang SY buat tu tak salah pun. Video tu cukup menghiburkan.
Tapi, dek kerana puak - puak Pakatan Haramjadah ni cepat sangat panas telinga, tu pasal la diorang kecam mati - matia. Habis sumpah seranah diorang hambur pada SY.
Tak cukup dengan kecaman mulut, siap keluar ugutan pulak lagi kononnya nak boikot stesen radio dimana SY bekerja tu. Hah! Itu kekebasan bersuara sangat la tu.
Kot kalau iblis tengok perangai puak - puak Pakatan ni pun dia sendiri angkat bendera putih sebab tak mampu nak lawan dengan diorang. Mana tidaknya, diorang lagi hebat dari dia. Pagi cakap lain, tak sampai petang dah ubah cakap lain pulak!!!
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang .
Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.
Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.
"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini.
"Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Ditanya tujuan sebenar pembabitannya di dalam cereka pendek berkenaan, menurut Salih, pada mulanya dia hanya diberitahu rakaman tersebut sekadar sitkom biasa, malah skrip juga hanya diberikan beberapa jam sebelum rakaman dimulakan.
"Ini salah saya juga. Saya tidak boleh marah sesiapa, secara jujurnya saya tidak menyokong mana-mana pihak.
"Mungkin penyebaran video ini pada ketika negara kita bakal berdepan pilihan raya menyebabkan impaknya agak berat buat saya. Bagaimanapun sekali lagi ingin saya tegaskan saya tidak berada di dalam mana-mana parti," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.