Rabu, Februari 13, 2013



PENGAKUAN putus cinta yang terpacul secara tidak sengaja dari mulutnya baru-baru ini nyata telah memakan diri.

Malah empunya diri mengakui sejak kisah cinta yang baru dua bulan disemai dengan seorang jejaka Inggeris itu tidak kesampaian, dirinya dibelenggu rasa kurang enak.

Jiwanya galau tatkala mengenangkan tindakan ‘tanpa sengaja’ membocorkan rahsia peribadi yang sepatutnya disimpan kemas daripada pengetahuan masyarakat itu.

Masakan tidak disebabkan kekhilafan tersebut secara tidak langsung telah mengundang persepsi liar segelintir pihak apabila mendakwa aktres kacukan itu cuba meraih simpati terhadap nasib dirinya yang ditinggalkan kekasih. Benarkah begitu Saleha?

"“Maaf saya bukan jenis yang suka bercerita peribadi semata-mata untuk memancing simpati orang terutama dalam soal cinta.

"“Sebenarnya kisah putus cinta itu tidak sengaja terpacul di mulut saya sewaktu bersama media di pelancaran filem terbaharu saya, Kerat 14.

“Sungguh, saya sendiri tidak menyangka perkara itu menjadi topik besar yang digembar-gemburkan. “Ya, itu memang silap saya tapi saya sedih apabila dapat tahu ada pihak yang tidak senang saya bercerita sebegitu.
Selepas itu, ada pula yang mendakwa saya sengaja cari bahan cerita untuk tarik perhatian masyarakat.

“Semua perkara itu mengarutlah. Saya langsung tidak mahu belas kasihan," tegas wanita berusia 23 tahun ini pada pertemuan malam Rabu lalu.

Kata pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd. Baharum ini lagi:

“Saya sedaya upaya untuk tidak memikirkan perkara itu (tentang patah hati) kerana sejujurnya bukan satu kerja mudah untuk memulihkan keadaan kembali seperti sediakala.

“Masa mula-mula dahulu, saya berazam untuk tidak terlalu bercerita tentang kisah peribadi kerana perkara itu boleh buat kehidupan saya kacau-bilau.

“Seboleh-bolehnya saya mahu mengasingkan soal kerjaya dengan peribadi. Saya tidak mahu orang menumpukan perhatian kepada saya lebih terutama dalam topik putus cinta sebegitu."

Adakah pelakon ini gementar seandainya pendedahannya itu mengakibatkan dia sukar didekati oleh mana-mana lelaki?

“Ada orang cakap saya ini memilih lelaki berdarah mat saleh sahaja tetapi sebenarnya tidak. Tetapi saya jenis wanita yang akan berikan komitmen sepenuhnya kalau masuk bab cinta.

“Saya pasti akan menyayangi kekasih saya sepenuh hati biarpun kadangkala boleh mengabaikan urusan harian lain.

“Sebab itu apabila putus cinta, saya lebih terasa. Saya memerlukan tempoh masa yang lama untuk pulih dan menerima lelaki lain.

“Proses itu memakan masa dan sebab itu saya tegaskan bahawa saya tidak mahu memikirkan tentang lelaki buat waktu sekarang ini," katanya penuh makna.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping