Rabu, Februari 13, 2013


Hah! Ini satu lagi persoalan yang memang menuntut penjelasan dari Si Husam tu. Isu ni dah lama dah orang bangkitkan. Rasanya dah makan tahun.

Dan isu ni pun berada dibawah penguasaan Si Husam tu sendiri. Pun dia masih GAGAL untuk menjelaskan kepada rakyat. Jadi, tak heran la kalau dia terus terdiam pasal isu tabung derma Lebuh Raya Rakyat tu. Sampai ke sudah la dia tak berjawab!!!
GUA MUSANG - "Mana tanah ladang dan tapak rumah kami." 
Demikian tuntutan sebahagian daripada 56 peserta Ladang Rakyat Paloh 4 yang juga generasi kedua Felda serta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) terhadap Kerajaan Pas Kelantan. 
Desakan itu dibuat berikutan dakwaan kerajaan negeri menyerahkan sijil kepada mereka untuk menyertai program bagi melayakkan setiap seorang menerima lot ladang seluas empat hektar dan tapak rumah (0.06 hektar) selain gaji bulanan RM750 serta beberapa lagi insentif lain sebelum pilihan raya umum lalu. 
Malangnya sehingga kini, janji hanya tinggal janji apabila mereka mendakwa terus hidup dalam kedaifan, malah ada sesetengahnya terpaksa menumpang di rumah ibu bapa yang merupakan peneroka generasi pertama. 
Seorang peserta, Mohd. Afendi Ismail, 34, mengakui, dia menerima sijil untuk menyertai program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri kira-kira lima tahun lalu. 
"Saya cukup gembira ketika itu kerana saya percaya ladang tersebut mampu mengubah hidup kami sekeluarga yang sebelum ini hanya menumpang di rumah ibu bapa saya yang merupakan peneroka di Kesedar Paloh 2. 
"Namun, selepas hampir lima tahun, janji yang diberikan kepada kami masih belum tertunai dan kehidupan keluarga saya masih ditakuk lama, saya hanya bekerja kampung dan terpaksa buat bermacam-macam kerja untuk menampung kehidupan termasuk empat anak saya," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini. 
Sementara itu, Mustapa Mohamed Daud, 60, berkata, kerajaan negeri tidak sewajarnya menipu rakyat dengan menjanjikan 'bulan bintang' tetapi tidak berupaya untuk menunaikannya. 
Katanya, salah seorang daripada anaknya turut menerima sijil untuk menyertai program berkenaan tetapi hampa kerana sehingga hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil. 
"Hari ini kami dengar khabar ladang ini akan dijual kepada sebuah syarikat swasta kerana Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PLRNK) mengalami kerugian. Kalau ia dijual, bagaimana dengan nasib anak saya? 
"Kami bukan orang senang. Bayangkan di rumah saya kini terdapat tiga keluarga dan 16 penghuni. Dua anak saya yang berkeluarga tidak mempunyai rumah sendiri dan terpaksa menumpang di rumah saya," katanya. - seterusnya...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. JGNLAH SESEKALI MEMPERCAYAI PUAK MUNAFIK INI WAHAI BANGSA SEAGAMAKU

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping