Ahad, Februari 03, 2013


Hehehe... tak sangka ye. Kesian betul dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Ada hati lagi diorang nak berangan - angan jadi pemerintah.

Walhal, isu dalaman sendiri pun tak boleh nak selesai. Macam mana diorang nak tangani isu rakyat? Macam mana diorang nak hadapi masalah Negara?

Hari tu, dok sibuk tuduh orang tak pandai nak memerintah. Sekarang, dah kena balik pada batang hidung diorang sendiri. Parti sendiri pun kucar kacir.

Disebabkan isu berkaitan dengan Ustaz Nasha tu punya pasal, Si Nik Aziz ni pulak kena sailang. Yang sailang pulak bukan orang lain. Presiden sendiri pulak tu.

Sebelum ni, Si Nik Aziz kata kedudukan Ustaz Nasha dalam PAS dah tamat. Keahlian dia dah dilucutkan walaupun tak dapat surat lagi.

Si Nik Aziz tu ambik contoh sebuah perkahwinan. Kata dia, kalau lafaz cerai tu dah diucap, tak payah nak tunggu surat dah. Cerai dah jatuh, jadi pandai - pandai la bawak diri.

Tapi, lain pulak yang dijelaskan oleh Si Hadi Awang hari ini mengenai perkara tersebut. Dia kata cerai Ustaz Nasha tu bukan cerai yang kekal.
KUALA LUMPUR - Pas mempunyai garis panduan dan penilaiannya sendiri dalam menentukan bahawa bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa masih boleh kekal sebagai ahli parti itu meskipun digugurkan dari Majlis Syura.

Namun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, cara penilaian itu dibuat adalah hak mutlak parti yang tidak boleh didedah kepada umum.

"Masih ahli. Orang bercerai pun, bercerai talak satu, talak dua, talak tiga.
Hah! Nak kata apa Si Nik Aziz bila Presiden dah cakap macam tu? Tambahan pulak, Hadi Awang kata Nik Aziz tak hak nak mendedahkan penilaian terhadap Ustaz Nasha.
"Itu terpulang kepada penilaian kita. Tak berhak kita dedahkan kepada orang penilaian kita sendiri. Bahkan dalam sejarah Pas bukan kali pertama kita pecat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Perdana Ummah di sebuah hotel dekat ibu negara hari ini.
Nah!!! kan tak pasal - pasal je Si Nik Aziz tu kena tenyeh dengan Presiden sendiri. Tak berkecamuk ke namanya tu? Tak huru hara jadinya?

Inilah masalah sebenar dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang sesama diorang pun tak mampu nak uruskan rumah tangga sendiri. Pun masih nak sibuk - sibuk jaga urusan orang lain? Kalau macam ni la gayanya, alamat memang jahanam la Negara jawabnya!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. pening bro kalau depa jd ketua....yang mana satu kena ikut nie? the best part, semue tak der hitam-putih.....semue main cakap jer

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping