Ahad, Februari 24, 2013

AI: Apa ni Hadi. Diorang kata saya tak layak jadi PM?
HA: Bukang mung sorang jah. Kawang pun sekali!!!
Huh! Memang SH setuju sangat dengan kenyataan serta penjelasan yang dibuat oleh mereka - mereka yang dibawah ni. Apa yang diorang cakap tu betul sangat dah.

Kalau nak diikutkan, bukan setakat dua ekor tu je yang tak layak untuk jadi Perdana Menteri. Tapi semua kepimpinan Pakatan Pembangkang tu pun tak layak.

Diorang tak layak sebab diorang setakat tau bercakap je. Tapi kerja, satu hapah pun diorang tak buat. Bercakap pun benda yang bukan - bukan. Tu pasal la diorang semua tak layak nak jadi PM!!! Setakat jadi Pembangkang boleh la!!!
Dalam menentukan perkara paling asas bagi membentuk sebuah kerajaan, Pakatan Rakyat dilihat masih terkial-kial mencari individu yang paling layak mengisi jawatan nombor satu negara itu.


Antara calon yang disebut-sebut untuk menyandang jawatan 'perdana menteri ketujuh' itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. Namun suara rakyat adalah penting dalam menilai siapa yang paling layak.



Menurut seorang pesara Mazlan Abdullah, 58, beliau berpendapat samada Anwar atau Hadi, kedua-duanya tidak layak untuk memimpin negara kerana mereka tidak mempunyai ketokohan sebagai pemimpin.



"Memang tak layak mereka berdua itu. Jauh dari langit dan bumi (untuk menjadi Perdana Menteri)



"Dia tiada ketokohan sebagai pemimpin. Walaupun dia pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, tapi kepimpinan beliau jauh berbeza dengan Datuk Najib.



"Haji Hadi pulak adalah orang yang tidak boleh diberi harapan. Pemerintahan dia selama ini tidak memberi apa-apa sumbangan kepada rakyat negeri Terengganu. Dia boleh cakap apa sahaja, tapi tiada pun yang dia buat," katanya.



Bagi Wan Mazlan Wan Ismail, pekerja sendiri, 58, beliau berpendapat kedua pemimpin itu tidak layak menjawat jawatan tersebut kerana sering menipu rakyat.



"Memang tidak layak, sebab mereka pembohong. Anwar ni, dari segi cara (kepimpinan) dia, memang teruk. Haji hadi pula suka berdolak dalih."



Toh Seng Heng, 66, pesara yang turut bersetuju dengan pendapat Wan berkata kedua pemimpin itu tidak pernah memberikan sumbangan kepada rakyat dan negara walaupun pernah menyandang jawatan penting.



"Haji Hadi pernah jadi Menteri Besar Terengganu. Anwar pula pernah jadi Timbalan Perdana Menteri. Tapi apa yang pernah mereka sumbangkan? Jadi keduanya tidak layak," ujarnya. - seterusnya...
Ps: Kalau setakat tau bercakap je, tapi kerja tak buat, baik suruh budak tadika je jadi PM. Tak de la susah sangat!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping