Jumaat, Mac 15, 2013


Itu satu hakikat yang memang tak dapat nak dinafikan. Kebesaran Allah S.W.T tidak dapat kita duga. Sesungguhnya, Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar.

Mungkin, kejadian ini ada kaitan dengan sumpah yang pernah dibuat oleh Datuk Seri Najib yang mengakui bahawa beliau tidak kenal lansung dengan Altantuya.

Mungkin juga, ini khfarah Allah. Siapa yang tahu? Bukan hak kita untuk menentukannya. Wallahualam. Hanya Allah jua yang mengetahui mengenainya.

Tapi sekarang, timbul pulak persoalan. Adakah puak - puak Pakatan Pembangkang tu akan turut mendesak supaya Kerajaan jalankan Inkues bagi menyiasat punca kematian Si Bala ni? Adakah nasib dia akan jadi sama dengan TBH? Tepuk dada, tanya sendiri!!!
KUALA LUMPUR, 15 Mac — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam meninggal dunia hari ini kerana masalah jantung, beberapa minggu selepas pulang ke tanah air selepas lama menetap di luar negara dan telah mendedahkan kononnya "perkara sebenar" berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada Februari lalu di  Chinese Assembly Hall's. Walau bagaimanapun, pendedahan itu hanyalah cerita mulut tanpa disetakan sebarang bukti yang boleh menyakinkan kita semua.

Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan kematian PI Bala apabila dihubungi oleh The Malaysian Insiderpada pukul 2.50 petang hari ini. “Beliau meninggal lebih kurang 45 minit lalu,” kata Americk. 
Americk mengesahkan Balasubramaniam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital selama seminggu dari 3 Mac, tetapi “pulang ke rumah untuk berehat”.

Beliau mengatakan telah bercakap dengan Balasubramaniam beberapa hari lalu dan anak guamnya itu kedengaran dalam keadaan baik.

Kaitan Dengan Anwar Untuk Bayar PI Bala RM700,000

Sungguhpun kematian PI Bala dikaitkan dengan masalah jantung tetapi terdapat suara-suara yang bertanya adakah mungkin kematian ini ada kaitan dengan wang RM700,000 yang dijanjikan oleh Anwar kepada PI Bala yang telah ditipu oleh peguam yang bertanggungjawab menyalurkan wang pemberian Anwar kepada PI Bala.

Beberapa hari lalu, blog Raja Petra Kamarudin telah mendedahkan bagaimana PI Bala telah ditipu oleh Anwar yang menjanjikan untuk membayar RM700,000 kepada beliau atas Akuan Sumpah untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Perkara ini diceritakan oleh peniaga karpet Deepak Jaikishnan dalam kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada Julai 2008, Raja Petra menyatakan PI Bala telah diperkenalkan kepada peguam R Sivarasa dan Americk Sidhu. Sivarasa kemudian telah mengaturkan pertemuan antara PI Bala dan Anwar bagi membincangkan berkenaan Akuan Sumpah untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya. Pada pertemuan itu, Anwar telah berjanji untuk memberi RM700,000 kepada PI Bala jika beliau bersetuju membuat akuan sumpah.

Anwar telah bersetuju agar pembayaran sebanyak RM700,000 itu dibayar melalui peguam dan bayaran dibuat dalam dua peringkat. Peringkat pertama RM200,000 dibayar terus dan Peringkat kedua sebanyak RM500,000 dibayar selepas sidang akhbar.

Pada 1 Julai 2008, PI Bala telah membuat Akuan Sumpah dan diikuti dengan sidang media pada 3 Julai 2008 yang diuruskan oleh Anwar dan peguam beliau di ibu pejabat PKR. 

Tetapi malangnya, selepas sidang media PI Bala hanya dibayar RM100,000 oleh peguam tersebut walaupun peguam itu telah menerima RM200,000 daripada Anwar. Peguam itu menyatakan Anwar mengarahkan agar baki bayaran dibuar selepas beberapa hari. Sebenarnya baki RM500,000 telah diambil oleh peguam tanpa pengetahuan PI Bala.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. ad buktila bodoh!! sygla njib ko tu, hutang ngara keliling pnggang, duk p snjungla org gitu.. pndai hngpa ni.. ad akai xleh pkai.. skongla pemimpin xjlnkn hkum islam ats muka bumi Allah ni.. ko ingt najib tuhan ke yg ko pg snjung dia tp dia x amlkn islam.. klau dia tolk islam, ko pun same je, 2x5 bai

    BalasPadam
  2. Rasanya bapa ayam saja yg tak berhutang,,

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping