Nah! Sebelum ada lagi pihak yang memandai - mandai nak kata bahawa Sultan Jamalul Kiram III tu sebagai Sultan Sulu sebenar, meh baca dan dengar kenyataan ni dulu.
Jangan nak buat andaian yang bukan - bukan. Sekadar nak buat cerita dongeng yang tak tentu arah, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je. Dan yang lebih penting, tak mendatangkan faedah!!!
AIDCNews – 05/03/13 – Kini terdapat sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III, lapor Mstar yang menyusun galur sistem pewarisan institusi kesultanan itu selepas kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
Tuanku Datu Mudarasulail Kiram yang mendakwa mendakwa dirinya adalah Waris Kesultanan Sulu yang sebenar menganggap Sabah adalah hak Malaysia berdasarkan catatan sejarah yang panjang.
“Apa perlunya kita menuntut negara yang sudah maju (Sabah), yang ada pembangunan, rakyatnya hidup makmur.“Kenapa kita tidak fikir Sulu yang menderita, yang tidak ada air, tidak ada jalanraya. Kenapa itu kita tidak fikir ? Kenapa kita fikir Sabah ? Kerana Sabah sudah maju.“Sabah adalah milik Malaysia. Rata-rata tahu, Dunia tahu bahawa Sabah milik Malaysia,”katanya. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.