Selasa, Mac 05, 2013


Hah! Apa hal pulak mamat ni nak main wayang ni? Apa hal pulak dia tetiba je nak tunjuk baik yang kononnya dia sedia jadi orang tengah?

Bila dah ramai anggota keselamatan Malaysia ditembak dek puak - puak penceroboh tu baru dia nak tampil dan nak hulurkan bantuan?

Kenapa masa tempoh rundingan dulu dia tak nak menampilkan diri? Bila nama dia sangkut dalam laporan perisikan Filipina, baru dia nak jengah muka?

Sebelum ini, portal 'The Manila Times.net' telah mendedahkan hubungan serta pertemuan diantara mamat tu dengan Si Ketua Penipu tu. Jadi, dia nak kata apa lagi?

Soalnya, adakah ini rupa orang yang benar - benar kata dirinya ikhlas nak bantu untuk jadi orang tengah dalam isu ni? Maaf, SH tak nampak pulak yang dia ikhlas.

Sebaliknya, dia hanya bermain wayang untuk menafikan penglibatan dia dalam konflik yang sedang melanda Lahad Datu tu. Wayang dia tu sama je dengan Si Ketua Penipu tu. Setakat nak tutup mulut, buat apa!!! Mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM - Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberitahu Malaysia bahawa beliau bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu pencerobohan ke atas Sabah, yang digerakkan oleh sekumpulan warga Filipina.


"Ini perutusan saya kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak bahawa saya bersedia untuk menghantar cucu saudara saya untuk memulakan perbincangan," kata Misuari kepada pemberita pada majlis sambutan hari ulang tahun ke-71 beliau, semalam.

Dipetik Rappler.com dan Star Online, Misuari berkata, beliau juga secara peribadi bersedia ke Malaysia untuk membantu menyelesaikan krisis semasa yang bermula awal bulan lalu susulan tindakan pengikut Sultan Sulu yang kini berkubu di Lahad Datu.

Katanya, Malaysia belum memberi respons ke atas tawaran beliau.  
Misuari juga menafikan laporan bahawa beliau membiayai kumpulan bersenjata yang menceroboh Sabah. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping