Semalam kita semua dah dimaklumkan oleh Si Ketua Penipu tu bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Pakatan mengenai isu kalimah Allah ni dibuat oleh Hadi Awang.
Si Ketua Penipu tu menekankan bahawa dia 'SURUH' Hadi Awang tulis kenyataan tersebut memandangkan Hadi Awang tau pasal agama lebih dari dia.
Kalau kita lihat semula kenyataan tersebut, Si Ketua Penipu tu jelas menghina Hadi Awang dan mengibaratkan Presiden PAS tu sebagai salah seorang macai dia je.
Bagi dia, Hadi Awang tu tak lebih dari sekadar 'Tukang Tulis' dan bukannya seorang yang layak untuk duduk sebaris dengan dia.
Tu sebab dia boleh 'SURUH' Hadi Awang tu buat apa saja. Termasuk la menulis kenyataan pasal kalimah Allah ni untuk diumumkan kepada pencacai diorang sendiri.
Dialog yang disebut oleh Si Ketua Penipu tu: "Haji tulis la kenyataan pasal isu ni. Bagi la ayat yang boleh digunapakai untuk tarik undi orang bukan Islam." Dan Hadi pun tulis.
Dalam situasi ini, ada dua keadaan yang kita boleh tengok dengan jelas. Yang pertama, Si Ketua Penipu tu jelas nak melepaskan diri dia sendiri dari masalah ni.
Dia sendiri tau, populariti dia dikalangan ahli PAS sejak akhir - akhir ni dah semakin merundum disebabkan isu kalimah Allah ni. Tu pasal la dia buat cara begini.
Dengan ertikata lainnya, Si Ketua Penipu tu bakal terlepas dari sebarang tuduhan bahawa dia dengan jelas dan nyata telah menjual Islam secara terang - terangan.
Yang kedua, Si Ketua Penipu tu dapat mencalarkan imej Hadi Awang yang digembar - gemburkan lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri.
Bagaimana mungkin Hadi lebih layak dari Si Ketua Penipu tu sedangkan Hadi Awang tu hanya sekadar budak suruhan dia je?
Suruh tulis kenyataan, dia tulis. Suruh dia baca kenyataan tu, dia baca. Jadi, macam mana Hadi Awang nak jadi PM kalau dah gitu gayanya?
Nah! Kat sini kita mampu lihat permainan taktik kotor Si Ketua Penipu tu yang sebenarnya. Biarpun ianya hanya spekulasi, tetapi tak mustahil dia tak buat cara ni.
Kita pun bukan baru hari ni kenal dengan Si Ketua Penipu tu. Dah berapa banyak kali dah dia dok ulang taktik yang sama sebelum ini. Semua taktik tu dah basi.
Sebelum ni, dia buat pada Allahyarham Tun Ghafar Baba. Dia cakap dengan Tun kononnya dia tak nak bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Sedangkan secara diam - diam, dia yang dok taja orang supaya menamakan dia sebagai calon. Bila Tun tanya, dia cakap la bukan dia yang nak, tapi orang yang pilih.
Begitu jugak yang dia buat sebelum tu dengan Tengku Razaliegh sehingga tercetusnya perpecahan dalam UMNO dan muncul parti Semangat 46.
Pun dia dok jual benda yang sama jugak. Dia cakap kat Tengku Razaleigh yang Tengku akan menang jadi Presiden. Tapi dia dok bayar orang supaya jangan mencalonkan Tengku.
Dan bila Si Ketua Penipu tu kena tendang dari UMNO, Tengku Razaleigh bubarkan Semangat 46 dan sertai semula UMNO. Kan terbukti spekulasi tu berlaku?
Jadi, jangan pelik la kalau Si Ketua Penipu tu nak tikam Si Hadi Awang dengan cara yang sama. Benda ni semuanya dah terbukti dah. Cuma puak - puak PAS tu je yang masih tak sedar. Sedap sangat dibuai mimpi indah ke Putrajaya katanya!!! - seterusnya...
Suatu makhluk bermata satu, punya 70 000 pengikut menyeru dan mengugut, jika ingin kesenangan hendaklah menuruti kehendaknya !
BalasPadamHari Juma'at ni marilah sama sama kita membaca 10 ayat permulaan dan 10 ayat terakhir surah Al Kahfi, semoga Allah swt melindungi kita dari fitnah makhluk di atas juga fitnah pengikut pengikutnya.
wa kena bibbbbb
BalasPadam