Jumaat, Mac 01, 2013


Huh! Macam ini nak jadi Kerajaan yang Adil, Bersih dan sebagainya? Baru kena sindir sikit, dah mengamuk tak tentu arah. Adil menda kejadanya kalau macam tu.

Nampak sangat la puak - puak Pakatan Pembangkang ni Retorik je bila diorang bercakap. Kononnya nak memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara.

Tapi, itu pun kalau yang menyebelahi ke diorang la. Kot kalau yang mengutuk, mengecam dan menyindir diorang secara terang - terangan, semuanya kira berdosa besar belaka.

Habis periuk nasik orang pun pun diorang kecam jugak. Sampai siap nak boikot dan sebagainya. Itu macam ke yang dikatakan nak memperjuangkan Kebebasan Bersuara? Setakat cakap je baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
PETALING JAYA: Pihak Pengurusan Astro Radio tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob, 52, berhubung penyebaran videonya yang seolah-olah menyindir pihak pembangkang.
Menurut wakil daripada Astro, perkara tersebut tiada kaitan dengan syarikat penyiaran itu dan ia merupakan urusan peribadi Salih.
"Kami terkejut tentang perkara itu namun begitu bagi kami video tersebut tidak ada kaitan dengan Astro.
"Ia adalah perkara peribadi beliau, kita tidak campur tangan," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Isu itu timbul apabila video Salih bersama pelawak Nabil Ahmad berjudul Bangkang Dari Longkang telah tersebar di Internet sehingga mendapat kritikan penyokong parti pembangkang kerana ia dilihat seolah-olah mempersendakan parti berkenaan.
Salih (kanan) bersama Nabil Ahmad dalam adegan Bangkang Dari Longkang.
Dalam rakaman itu Salih yang memegang watak ahli politik membuat pelbagai janji untuk memenangi hati rakyat sebaliknya semua itu hanyalah kata-kata kosong sebelum dapat menakluki Putrajaya.
Penyebaran video komedi selama 2.50 minit itu juga telah membuatkan Salih memohon maaf kepada semua pihak menerusi akhbar Utusan Malaysia pada Khamis selain mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan.
Dalam perkembangan berkaitan Astro Radio berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat apa-apa surat peletakan jawatan daripada Salih dan beliau masih lagi penyampai Sinar FM.
"Dia masih lagi deejay radio kami kerana tiada apa-apa surat peletakan jawatan kami terima.
"Apa-apa pun kami tidak akan memanggilnya berhubung isu itu,” jelas juru cakap berkenaan. - seterusnya...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Ingatkan org kawin lebih ni hatinya besar, rupanya kecil sungguh! Nafsu jer besar

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping