Rabu, Mac 20, 2013


Mintak maaf la ye Kak Wan. Bukan la niat saja je nak naikkan darah Kak Wan. Tapi ini tuntutan sebagai seorang pemimpin tinggi.

Kalau nak jadi pemimpin, kena la tanggung semua benda ni. Kena la berhadapan dengan ahli - ahli sendiri. Tu belum berdepan dengan rakyat.

Ini bukan soal agenda parti. Ini soal kredibiliti dia sebagai seorang pemimpin. Pemimpin jenis apa yang tak tau nak selesaikan masalah sendiri?

Setakat nak selesai masalah sendiri pun dia tak mampu nak buat, tak heran la kalau dakwaan lain yang menimpa suami dia pun dia tak mampu nak jawab!!!

Macam mana la gamaknya Kak Wan Omega ni jadi Ahli Parlimen dulu ek? Bila ada orang datang mintak bantuan, apa yang dia buat? Dok senyap jugak ke? Kalau setakat jadi pemimpin senyap je, buat menda kejadahnya!!! Mengabihkan masa je!!!
KUALA LUMPUR 19 Mac - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dicabar memecat Mohd. Fareez Kamal Intidzam berikutan kandungan surat yang dibangkitkan oleh Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang itu telah memburukkan parti. 
Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip menegaskan, kegagalan Wan Azizah memecat Mohd. Fareez boleh mengundang pelbagai tanggapan terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
"Saya ingin bertanya adakah ini merupakan sandiwara terbaharu PKR atau ada sesuatu yang tidak kena? Apa maksud hubungan rapat Mohd. Fareez dan Anwar sehingga Wan Azizah cemburu? 
"Pastinya pembangkang juga mahu melihat sandiwara ini segera ditamatkan oleh Wan Azizah. Dia tidak seharusnya terus mendiamkan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 
Baru-baru ini, Mohd. Fareez yang merupakan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dipetik sebagai berkata, Wan Azizah tidak layak memimpin PKR kerana beliau sendiri tidak boleh bertanding kerusi Parlimen. 
Beliau yang rapat dengan Anwar telah membuat laporan polis kerana mendakwa dia dan ahli keluarganya telah diancam selepas pendedahan sepucuk surat bertarikh 3 Mac lalu yang diutuskan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
Dalam surat itu, beliau menyatakan hanya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali layak memimpin parti demi kecemerlangan pakatan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. - seterusnya...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. hang tak tak tau ka puak hang dah kena TIBAI kat penanti baru.Nak kena tibai lagi ka?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping