Mana lagi Bang Non nak lari? Sekarang ni, salah seorang ahli keluarga Si Sos Tiram III tu telah pun berjaya ditahan oleh anggota keselamatan Negara.
Bila dah kena tahan tu, takkan la diorang nak duduk saja je sambil tunggu untuk dihantar pulang ke Filipina. Dah tentu kena soal siasat dulu kan.
Andai kata, sewaktu disoal siasat, ahli keluarga Si Sos Tiram tu tetap mendakwa bahawa Si Ketua Penipu tu benar - benar terlibat, apa yang Bang Non akan kata?
Dia nak kata ini semua permainan Politik UMNO jugak ke? Diorang nak kata yang anggota keselamatan Negara ni Barua sebab cuba nak menyalahkan dia?
Sudah la Bang Non!!! Tak payah la Bang Non nak berselindung disebalik kenyataan berbaur ugutan kepada wartawan untuk mendiamkan isu di Lahad Datu ni.
Makin hari, makin banyak pendedahan yang akan dibuat. Bila Bang Non ugut wartawan sebelum ni pun, rakyat dah mula bukak mata. Rakyat dah mula sedar.
Diorang pun tau yang Bang Non macam ada sesuatu yang nak disembunyikan. Kalau tidak, kenapa Bang Non tak saman laman portal dari Filipina tu. Betul tak?
Jadi, buat Bang Non. Sudah - sudah la nak menipu rakyat ni. Tak penant ke asyik dok ulang skrip yang sama? Sedar la sikit. Rakyat dah muak dah tengok muka dia. Baik dia duduk rumah je. Main dengan cucu. Ada jugak manfaatnya!!!
LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)."Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Februari lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu."Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain.Dalam pada itu, Hamza berkata keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.