Heboh orang sekarang ni bercerita pasal kes saman Si Ketua Penipu tu terhadap blogger Tersohor Papagomo sehingga lupa cerita pasal Lahad Datu.
Tapi, dalam dok ghairah orang cerita pasal kes tu, terfikir jugak SH. Kenapa kali ni je Si Ketua Penipu tu ambik tindakan saman malu? Kenapa yang sebelum ni dia tak buat?
Rasanya, kes sebelum ni lagi parah. Malah siap ada pulak orang yang mengaku kata dia sebagai dalang yang mengeluarkan video seks Si Ketua Penipu tu dengan Chinadoll.
Tapi, kenapa sampai hari ini Si Ketua Penipu tu tak ambik tindakan saman malu terhadap Datuk Shazril Eskay kerana menyebarkan video tersebut kepada umum?
Walhal, yang sebarkan video tu dalam laman blog pun orang yang sama. Papagomo jugak yang sebarkan bahan lucah tu. Kenapa masa tu tak dikenakan tindakan?
Masa tu, dia tak terasa pulak ke yang penyiaran serta penyebaran dibuat mampu membuatkan reputasi politik dan peribadi dia terjejas?
Adakah Si Ketua Penipu rasa penyebaran kali ini lebih memalukan dia dari penyebaran video dengan Chinadoll sebelum ini hanya sebab dia 'main' dengan jantan? Kamon la Bang Non!!! Kot kalau dah namanya maksiat tu maksiat la jugak. Tak de bezanya!!!
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfail saman terhadap pengendali blog 'Papa Gomo' atas dakwaan menyiarkan perkataan fitnah dan meletakkan imej yang mengaitkan Anwar dalam video seks dengan seorang lelaki di laman itu.Anwar memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Daim & Gamany dan menamakan pemilik dan penulis blog itu Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai defendan.
Peguamnya N.Surendran memberitahu media bahawa Anwar menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta dan akan menyerahkan writ saman itu kepada defendan dalam masa terdekat.
Dalam pernyataan tuntutannya Anwar mendakwa Wan Muhammad Azri, 30, telah menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lalu.Anwar mendakwa defendan juga meletakkan satu pautan web yang memaparkan siri imej dan defendan telah secara nyata dan/atau tersirat menyatakan bahawa individu dalam imej-imej itu ialah plaintif.
Anwar berkata perkataan fitnah itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat menyebabkan reputasi peribadi dan politik serta kedudukannya terjejas. - seterusnya...
Macam biasa la SH.... Keyboard warrior la katakan!
BalasPadamKalau letak ID pun belum tentu betul lagi tu...
http://mycybertrooper.net.ms/