Khamis, Mac 21, 2013


Haduhai!!! Kesian pulak SH tengok Si Khalid Gagap ni ye. Tak habis - habis lagi dia memalukan diri dia sendiri dengan agenda Manifesto Pakatan rupanya.

Kalau dulu, dia jugak yang cakap bahawa Manifesto ni Bukan Janji. Semuanya gara - gara keGAGALan dia untuk menunaikan janji kepada rakyat.

Senarai manifesto yang dah dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum kali ke 12 yang lalu tak semuanya dipenuhi. Satu persatu dipertikaikan.

Malah, bukan setakat diorang GAGAL nak menjelaskan perkara tersebut kepada rakyat. Sebaliknya, diorang menipu pulak dengan kata yang Manifesto tu bukan Janji.

Itu je yang mampu diorang buat? Itu je ke alasan yang mampu diorang bagi kepada rakyat dan mengharapkan rakyat akan menerima alasan sedemikian?

Nah!!! Patut sangat la rakyat di Selangor tu ambik tindakan dan saman pihak Rejim Pakatan. Habis semua lapisan masyarakat pulak tu ditipunya.

Sekarang, akibat keGAGALan tu telah membuatkan Si Khalid Gagap ni ketar lutut. Mungkin dia masih lagi dibayangi keGAGALan yang telah dia buat sendiri tu.

Kemungkinan besar itulah sebabnya kenapa Si Khalid Gagap tu telah membatalkan sidang media untuk mendedahkan Manifesto Selangor hari ini. Mungkin ada lagi yang perlu diorang pinda supaya dapat disesuai dengan slogan 'Manifesto Bukan Janji' kot!!!
KUALA LUMPUR 21 Mac - Sidang akhbar pakatan pembangkang berhubung pelancaran manifesto parti itu bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijadual pada pukul 10 pagi ini telah dibatalkan. 
Sidang akhbar itu yang sepatutnya diadakan selepas mesyuarat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini, dibatalkan tanpa sebarang makluman. 
Seorang kakitangan Kelab Sultan Sulaiman memaklumkan kepada Utusan pihak berkenaan telah membatalkan tempahan bilik mesyuarat tersebut. 
Bagaimanapun terdapat kain rentang yang dipasang di luar kelab itu memaklumkan satu ceramah akan diadakan mengenai manifesto terbabit pada pukul 8 malam ini. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping