Hasudah la dah! Ni apa cerita pulak ni? Kenapa pulak tiba - tiba je MB Pahang ni nak sokong Bersih ni? Sampai tiga kali pulak tu diulangnya perkataan Bersih tu.
Nak kata MB Pahang ni sokong gerakan Si Ambiga dan puak - puak Pakatan Pembangkang tu tak mungkin. Tu dah kira satu perkara yang mustahil.
Jadi, apa cerita sebenarnya ni? Kenapa pulak MB Pahang ni disambut dengan laungan 'Bersih! Bersih! Bersih!' sampai tiga kali? Nah! Ini ceritanya.
BENTONG - Semalam telah berlansung perjumpaan YAB Menteri Besar Pahang bersama warga kerja Alam Flora Negeri Pahang di Dewan Majlis Perbandaran Bentong.Program ini dianggap julung - julung kali diadakan oleh pihak Alam Flora bersama dengan YAB Menteri Besar yang melibatkan warga kerja mereka dari Negeri Pahang.Pertemuan tersebut dianggap sangat bermakna memandangkan YAB Menteri Besar Pahang sudi meluangkan masa beramah mesra bersama warga kerja Alam Flora.Dalam ucapan ringkasnya, YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob melahirkan penghargaan kepada warga kerja Alam Flora diatas usaha yang telah mereka lakukan."Selaku Kerajaan Negeri, saya rasa sangat terhutang budi dengan saudara - saudara sekalian kerana telah banyak membantu memelihara kebersihan di negeri ini.Dalam pandangan saya, warga kerja Alam Flora ini boleh dianggap sebagai 5 komponen utama kepada Negara selain Polis, Tentera, Guru, serta petugas Hospital," jelas beliau dihadapan hampir 100 orang warga kerja Alam Flora.Turut hadir dalam Majlis Ramah Mesra Alam Flora bersama YAB Menteri Besar Pahang semalam ialah YB Dato' Hoh Khai Mun, Exco Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato' Dr. Ng Keong Chye, ADUN Ketari, Saudara Mohd Zain Bin Hassan, CEO Alam Flora, Dato Pegawai Daerah Bentong dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Bentong.YAB Menteri Besar Pahang juga turut menjelaskan bahawa tanpa Alam Flora yang menjaga kebersihan, Negara ini akan dipenuhi sampah dan ianya tidak terkawal."Sebagai contoh, saya pernah pergi ke sebuah Negara dimana sampah sarap tidak diuruskan dengan baik oleh pihak Kerajaan sehingga menggunung tingginya.Jadi, dengan adanya Alam Flora ini, maka kebersihan serta sampah sarap dapat diuruskan dengan baik," jelas beliau sebelum disambut dengan lafaz ikrar 'Alam Flora Baru: Bersih! Bersih! Bersih!'
Hah! Dah tau ceritanya? Bukan la MB Pahang tu sokong atau disambut dengan laungan Bersih yang dipelopori oleh Si Ambiga tu. Tapi sebaliknya, ikrar dari warga kerja Alam Flora.
Kalau Si Ambiga tu, dia la sampah sarap Negara sebenar yang perlu diBERSIHkan!!! Ada dia kat dalam Malaysia ni pun bukannya bawak sebarang faedah. Buat menyemakkan keadaan, ada la!!! Setakat pandai bercakap, buat apa. Mengabihkan masa je!!!
Betul tuuuuu
BalasPadam