Isnin, Mac 25, 2013


Hah! inilah masalahnya dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Asal ada saja benda yang terkena batang hidung diorang sendiri, mula la diorang tuduh macam - macam.

Mula la diorang keluarkan fatwa untuk salahkan orang itu dan ini. Kata orang kafir la, sesat la, itu la, ini la. Walhal, kalau diorang buat boleh pulak?

Selama hari ini, puak - puak Parti Angguk Saja tu sering menggunakan Islam sebagai topeng untuk diorang mengaut sokongan dari kalangan rakyat.

Dah macam - macam fatwa songsang yang diorang keluarkan semata - mata untuk mendapatkan sokongan tersebut. Termasuk la mengkafirkan sesama Islam.

Tapi, dengan kemunculan tokoh - tokoh agama yang bernaung bawah pertubuhan Minda Pondok ni, sedikit demi sedikit, diorang mula rasa tergugat. 

Tu pasal la diorang buat tuduhan yang bukan - bukan semata - mata untuk memburuk - burukkan imej pertubuhan tersebut. Itu yang diorang kata diorang ni pejuang Islam? Nak bertempur biar la depan - depan brader. Jangan setakat berani tikam belakang!!!
TINDAKAN pengusaha-pengusaha sekolah agama pondok di Kelantan semalam yang mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Barisan Nasional dan menolak PAS dalam pilihanraya umum akan datang, sebetulnya tidaklah begitu menggugat kerajaan PAS negeri tersebut pun.

Dari 10,000 warga sekolah pondok ini, 80% tidak  boleh mengundi kerana berada di bawah umur, bakinya adalah tenaga pengajar dan serpih-serpih kecil yang mempunyai kaitan dengan pengurusan sekolah pondok tersebut.  Jumlah ini terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan 894,915 pengundi berdaftar di Kelantan sedia ada.

Nak sokong atau tidak, taklah begitu menjejaskan sangat.

Tapi yang menarik perhatian laman ini ialah keberanian pengusaha-pengusaha sekolah pondok ini mencabar kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, termasuk menuduh PAS hari ini sudah menyeleweng dari perjuangan asalnya.

Sepatutnya kelompok ini perlu sedar diri, di mana duduk mereka berbanding dengan Nik Aziz yang merupakan ulama besar.  Bukan setakat itu, berpendidikan tinggi termasuk pernah menuntut di Al-Azhar dan India.

Majoriti pengajar sekolah pondok ini kita tahu tak cukup ‘haul’ pun untuk dianggap setaraf dengan seorang guru.  Kalau guru lepasan maktab dan universiti hari ini, kurang-kurang perlu mempunyai pendidikan di tahap diploma, guru sekolah pondok hampir tidak perlu pendidikan langsung.

Cukup dengan faham Alif Ba Ta sahaja, dah boleh mengajar dah!!

Jadi hanya orang bodoh sahaja yang akan takut dengan gertakan daripada kelompok yang kurang dari segala segi macam ini.

Walaupun begitu, suarapakatanrakyat.com merasakan inilah masa yang sesuai untuk melihat kembali institusi sekolah pondok di Kelantan sekarang.  Nampaknya kesemua pengusaha sekolah pondok sedia ada sudah lupa dengan jasa baik kerajaan PAS Kelantan memakmurkan institusi sekolah pondok di negeri tersebut sehingga ke tahap dihormati orang ramai.

Ini kita tak sebut lagi pelbagai jenis bantuan yang telah diberikan kerajaan Kelantan selama ini kepada pengusaha sekolah pondok untuk membolehkan mereka beroperasi dan membuat sedikit keuntungan.

Mungkin lebih baik kalau semua sekolah pondok ini ditutup dan peranan meraka digantikan dengan institusi pendidikan di bawah PAS seperti PASTI.  Itu lebih menguntungkan dan memudahkan PAS untuk mengawal tingkah laku tenaga pengajarnya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Belajar di India ke di Al-Azhar ke kalau dah nyata SESAT (telah terbukti menggunakan ISLAM sebagai topeng untuk kepentingan politik - nak senaraikan terlalu banyak hanya yang rajin membaca saja akan tau) elok di 'benam' saja dalam PRU kali ni.

    BalasPadam
  2. kalau hangpa nak tau aku ada dengar seorang maulana dari india yang mengenali nik aziz iaitu maulana mustaqeem telah memberitahunya bahawa cara usaha pas untuk menegakkan islam tak akan berjaya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping