Isnin, Mac 25, 2013


Aik? Pelik pulakkan. Si Ketua Penipu tu yang saman orang, tapi dia pulak yang kena bayar tuntutan. Apa kes? Ini dah kira terbalik dah ni.

Semuanya gara - gara tindakan Si Ketua penipu tu bagi alasan untuk menangguhkan kes saman fitnah terhadap Datuk Hamzah Zainuddin.

Hah? Tangguh perbicaraan pun kena bayar jugak ke? Kenapa sebelum ni hakim tak buat ketetapan macam tu dalam kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap Mohd Saiful?

Kalau la hakim masa tu kenakan tindakan tersebut terhadap Si Ketua Penipu yang acap kali buat permohonan nak tangguhkan kes tu kan bagus.

Korang bayangkan la. Bukan sekali dua Si Ketua Penipu tu tangguhkan kes liwat tu. Tapi sebanyak 66 kali kes tersebut ditangguhkan atas alasan yang bukan - bukan.

Diantara yang paling 'famous' digunakan ialah masalah kesihatan Ketua Peguam Si Ketua Penipu tu. Padahal, bukan Si Karpal tu sorang je peguam dia. Kan tak masuk akal tu?

Bayangkan la. Kalau satu kali Si Ketua Penipu tu tangguhkan kes tersebut dikenakan tindakan sebanyak RM 3,000, dia dah kena bayar hampir RM 200,000.00!!! Banyak tu!!!

Tapi, apa nak heran ye tak. Kalau bab - bab duit ni, Si Ketua Penipu tu pejam mata je bayar. Maklum la, duit dia dapat dari Rejim Zionist pun berapa puluh kontena. Jadi, setakat nak bayar RM 3,000 tu, celah gigi dia je!!!
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar RM3,000 kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin sebagai kos berikutan penangguhan perbicaraan kes saman fitnah RM10 juta.

Hakim Rosilah Yop membuat keputusan itu selepas menolak permohonan peguam R.Sivarasa supaya perbicaraan yang sepatutnya bermula hari ini ditangguh kerana Anwar berada di Sabah sejak semalam.

Sivarasa berkata Anwar, yang merupakan ketua pembangkang, terlibat dalam pelbagai aktiviti untuk menghadapi pilihan raya. 
Rosilah kemudian menetapkan 2 Mei untuk perbicaraan.

Pada 22 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Hamzah, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah dan disiar dalam akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk 'Anwar Harassed My Wife'.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping