Isnin, Mac 25, 2013


Umum mengetahui, DAP dan PKR amat membenci pasukan polis. Sebabnya sangat mudah, terlalu banyak kegiatan subversif mereka telah dihidu dan disekat oleh pihak Polis. 

Sehinggakan bantuan daripada pihak asing untuk aktiviti kedua-dua parti tersebut, turut disiasat, diketahui dan sebahagiannya didedahkan oleh pihak Polis.

Dari awal lagi, PKR dan DAP telah menggerakkan kempen agar rakyat Malaysia membenci polis. Usaha mereka separuh berjaya. 

Kita dapat melihat sendiri bagaimana kebencian tersebut, diterjemahkan dan ditunjukkan oleh para pengikut serta penyokong Pakatan Rakyat. 

Apa-apa sahaja isu yang tercetus, terutama yang membabitkan PKR dan DAP, pasti polis yang akan dipersalahkan, sekalipun tugas dan tindakan yang dilakukan oleh pihak polis itu, sebenarnya bertujuan untuk menjaga keamanan negara.

Tuduhan Nurul Izzah bahawa polis telah menggunakan segala kekuatan dan kepakaran untuk mengintip rakyat sendiri, membuktikan bahawa Nurul Izzah memang ditugaskan untuk ‘menyembunyikan’ sesuatu. 

Pastinya, serangan dan penghinaan terbaru Nurul Izzah terhadap pasukan polis, telah ‘digerakkan’ oleh tangan asing yang masih tidak jemu-jemu berusaha menjajah negara ini menerusi rakyatnya sendiri. 

Kebencian rakyat terhadap Tian Chua kerana penghinaan yang dilemparkannya kepada anggota-anggota keselamatan nampaknya tidak mematahkan semangat Nurul Izzah.

Nurul Izzah ternyata tidak serik-serik dengan pengalamannya sebelum ini. Dia masih cuba memperbodohkan rakyat dengan kenyataan yang pernuh kontroversi. 

Yang sebenarnya, kenyataan tersebut lebih kepada rasukan hantu polong agar kekacauan boleh ditimbulkan dan mereka dapat menang dengan mudah. 

Soalnya sekarang, Mengapa dia menyerang pasukan polis? Sudah tentulah kerana rahsia yang cuba diselindungi. Apakah rahsia berkenaan? 

Sudah tentulah yang berkaitan dengan campurtangan pihak asing untuk mengganggu gugat negara ini. Institusi kepolisian wujud di seluruh dunia bertujuan untuk memastikan keselamatan rakyat dan negara. 

Dan musuh pula, lebih banyak berada di dalam kelompok rakyat, menghasut, mencari jalan untuk memusnahkan negara dan rakyat dari dalam, serta menggunakan pelbagai fahaman dan kaedah bagi menyelewengkan pemikiran rakyat. 

Mereka ini akan bangkit mencetuskan kerosakan dan keruntuhan negara bagi memudahkan pihak asing masuk dan kemudian mengaku tuan. Justeru, apa masalahnya kalau polis mengintip rakyat sendiri?

Apa perlu ditakutkan sekiranya tiada salah yang dilakukan dan tiada tindakan ke arah kemusnahan yang dirancang dan hendak dibuat?

Hanya orang yang takutkan bayang-bayangnya sahaja seperti Nurul Izzah yang akan terus melolong dan melalak tentang puaka yang dia sendiri ciipta dan dia sendiri takutkan!

Ps: Memang itu je la kerja yang dia pandai buat pun. Kalau kerja suruh jaga kebajikan rakyat, satu hapah pun dia tak tau nak buat!!! Kalau setakat bercakap je, boleh blah!!! Buat mengabihkan masa!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Jalang Puaka ni dirasuk Puaka sendiri. Nanti mampus kerana Puaka makan diri juga akhirnya. Allah AlKhabar...

    BalasPadam
  2. sape la yang kahwin dengan dia ni.....mulut kalu dicabai dengan cili paling pedas pun tak makan saman punya....kalu betul polis musuh rakyat....lepas PRU 13 KALU PR berkuasa ni mansuh kan jawatan polis....bakar semua balai polis.....lantik UAP sebagai "POLIS".....BARU MASYUK.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping