Rabu, Mac 27, 2013


Hah! Kenapa pulak Ostad Bob tu nak memalukan Si Ostazah Pening tu secara tak lansung? Apa pulak kaitan diantara mereka sebenarnya?

Jika sebelum ini, Si Ostazah Pening tu beria - ia benar menyatakan bahawa tindakan dia masuk Parti Angguk Saja tu sebab nak mengenal Islam.

Kononnya, Si Ostazah Pening tu kata, hanya dengan menyokong PAS sahaja baru seseorang itu boleh dikatakan Islam yang sebenar - benarnya.

Ostazah Pening tu jugak pernah membuat kecaman kepada mana - mana artis yang tidak menyokong perjuangan PAS dengan menyifatkan mereka sebagai sesat.

Bagi Si Ostazah Pening tu, sesiapa sahaja yang menentang perjuangan PAS bermakna mereka menentang perjuangan Islam.

Tapi, lain pulak dengan kenyataan yang dibuat oleh Si Ostad Bob dalam wacana yang diadakan semalam bersama - sama dengan artis lain.

Antara lain, Si Ostad Bob tu dengan tegas menyatakan bahawa tujuan dia masuk parti politik adalah untuk memancing undi semata - mata:
SHAH ALAM - Bekas pelawak Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, mengakui beliau berkecimpung dalam arena politik kerana ada pihak meyakini kredibilitinya dalam meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"(Ia) kerana kredibiliti saya untuk memancing undi," kata beliau ketika berhujah dalam Wacana Sinar Siri ke-18 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Bob berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau dipelawa memasuki parti politik kerana penghijrahan beliau atau kerana popularitinya sebelum ini.

Dalam pada itu, Bob berpendapat juga seseorang artis itu mempunyai kredibiliti untuk memancing undi dan mengakui golongan artis adalah 'umpan' untuk menarik masyarakat menyokong sesebuah parti samada parti itu betul atau tidak tak kisah.

"Kita masuk politik pembangkang sebab nak pancing undi itu sahaja jika tidak buat apa masuk",kata Bob Lokman
Nah!!! Sekarang memang sah la yang perjuangan puak - puak Parti Angguk Saja tu bukan kerana nak menegakkan Islam. Sebaliknya untuk Politik.

Sekali lagi SH ingatkan! Dalam Islam memang ada Politik. Tetapi bukan bererti mereka boleh mempergunakan Islam sebagai alat untuk meraih sokongan.

Tapi, apa yang menghairankan, kenapa Si Ostazah Pening tu tak dijemput untuk menjadi panel dalam forum ni ye? Bukan ke dia lebih lantang bersuara dari Si Ostad Bob tu?

Nampak sangat la pihak penganjur pun tak mengiktiraf Si Ostazah Pening tu dalam Politik semasa. Mungkin sebab dia tak de kredibiliti untuk turut serta kot. Tu sebab la nama dia tercicir. Setakat tau meroyan dalam twitter je, siapa nak layan!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. PAS...Eloklah tu..buang alim ulama dalam parti...selamat datang artis2 yang pening lalat...

    Hj Zulkipeli
    Kota Bharu Kelantan

    BalasPadam
  2. bukan nama tercicir tapi abdy abody takut pengerusi majlis tanye pasal rm50k kut..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping