Ahad, Mac 31, 2013


Akhirnya, Pak Mus is talking some senses. Ada jugak la orang dari kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah ni yang boleh berfikiran terbuka.

Tak la macam orang lain yang dok sibuk sangat nak buat spekulasi tak tentu arah pasal tarikh Pilihan Raya Umum. Dah macam orang hilang akal pulak dibuatnya.

Kalau setakat buat spekulasi je tahan jugak. Ini tidak. Diorang siap buat pulak dakwaan dan tuduhan yang bukan - bukan semata - mata nak membodohkan rakyat.

Apa pasal diorang nak sangat tau pasal tarikh PRU tu? Dah tak tahan sangat dah ke diorang nak tunggu Parlimen bubar? Waima diorang tau pun, apa yang diorang boleh buat? Setakat mengarut je yang bukan - bukan baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) diseru untuk fokus kembali kepada kerja-kerja pilihanraya dan langkah BN seterusnya, terutamanya dari segi menciplak manifesto PR daripada meneka tarikh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

“PRU13 akan diadakan, seperti ibu mengandung cukup 10 bulan, anak akan dilahirkan jua. Jangan fokus kepada tarikh (Datuk Seri) Najib (Razak) nak bubar parlimen. Fokus kepada apa yang BN bakal buat menjelang PRU13 ini,” tegur Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata Najib berkemungkinan melengahkan pilihanraya untuk menciplak sebanyak mungkin janji-janji yang ada dalam manifesto PR.

Hari ini, akhbar MCA The Star melaporkan bahawa sumber dalaman menyatakan bahawa Najib bakal menunaikan umrah pada 3 April.

Dalam pada itu, Mustafa berkata pilihanraya umum akan diadakan pada hari terakhir Negeri Sembilan perlu mengadakan pilihanraya iaitu 25 Mei.

“Najib juga akan hadir Asean Summit di Brunei pada 24 dan 25 April sebagai Perdana Menteri penuh dan bukannya Perdana Menteri kerajaan sementara. Beliau akan membubarkan parlimen selepas itu, dijangkakan 27 April,” kata Mustafa ketika ditanya Harakahdaily.

“Tapi usah fokus pada permainan Najib pada tarikh pembubaran sehinggakan segala isu-isu rakyat dilupakan. Hati-hati pada taktik lawan dan jangan biar mereka melekakan kita,” tambahnya lagi.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. salam perjuangan..minta pautkan link blog saya di sini terima kasih
    http://pena-berdarah.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Dlm srh fokus dia teka jgk..hiii..lucu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping