Selasa, Mac 05, 2013

Jamalul-Kiram

Hah! Amacam? Berani tak puak - puak Pakatan Pembangkang tu nak buat desakan macam ni? Atau adakah diorang sekadar berani nak hentam Kerajaan Malaysia je?

Kalau diorang setakat berani berkokok kat dalam laman media milik diorang serta menyalahkan orang itu dan ini, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Pelbagai pihak hari ini meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokongan melalui beberapa kenyataan.

“Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu, namun ia tidak bermakna dia tidak buat kesalahan sebab dalam undang-undang kita, dia tetap bersubahat melakukan satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata adalah wajar jika kerajaan memohon Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya ‘Sultan Sulu’, untuk dibicarakan di mahkamah negara ini.

Penganalisis politik Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pada dasarnya bersetuju dengan desakan itu, namun mahu pertuduhan kukuh berlandaskan undang-undang dikaji terlebih dahulu.

“Pakar undang-undang di Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar perlu main peranan dalam hal-hal diplomasi dan mengkaji hal berkaitan undang-undang antarabangsa supaya pertuduhan kukuh dapat dibuat,” katanya.

Mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap Jamalul Kiram, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan berkata pencerobohan itu mengakibatkan kekejaman di wilayah berdaulat, dan ini tidak boleh diterima.

“Tindakan itu begitu ganas, ia dilakukan dengan mendapat sokongan daripada Jamalul Kiram, dan sokongan itu membawa kepada kematian lapan anggota polis walaupun pada hakikatnya polis telah menawarkan untuk berunding,” jelasnya.

Dekan Kolej Undang-Undang dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Muhamed pula berkata dari sudut hubungan diplomatik, kerajaan Malaysia boleh meminta kerajaan Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara (Respa) Datuk Mohamad Jamil Mohamad Hassan bersetuju supaya peruntukan undang-undang antarabangsa dikaji, terutama yang melibatkan soal ekstradisi. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping