Selasa, Mac 05, 2013


Nak nafi? Nafi la Nuar oi!!! Orang dah tak percaya dah kalau dia buat apa sekali pun. Nak dinafikan begitu sahaja sedangkan risikan Filipinan dedahkan rahsia dia?

Dalam kenyataan hari ini, Si Ketua Penipu tu kata yang dia tidak pernah berjumpa dengan Sultan Sulu. Memang betul pun. Dia tak pernah jumpa dengan Sultan Sulu.

Siapa pulak yang mendakwa Si Ketua Penipu tu jumpa dengan Sultan Sulu? Ada mana - mana pihak yang kata dia jumpa Sultan Sulu? Tak de kan?

Yang orang dedahkan Si Ketua Penipu tu jumpa dengan Nur Misuari, salah seorang pengasas MNLF serta penyokong kuat kepada Jamalul Kiram III.

Semua orang tahu yang Jamalul Kiram III tu bukannya Sultan Sulu yang sebenar. Jadi, bila masa pulak orang tuduh Si Ketua Penipu tu jumpa dengan Sultan Sulu?

Nah!!! Nampak sangat Si Ketua Penipu tu sendiri pun keliru dengan perkara ini. Tapi, itu pun tak pasti jugak. Sama ada dia keliru atau sengaja nak mengelirukan, kita tak tau.

Yang kita tau, Si Ketua Penipu tu memang kuat bebenor menipunya. Asal dia bukak mulut je, dia pasti akan menipu. Bukak mulut, menipu. Itu je kerja dia. Dan itu pun bukan salah orang lain. Dia sendiri jugak yang sengaja cari penyakit!!!
KUALA LUMPUR - Setelah bertegas dan menafikan pembabitannya dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan Sultan Sulu, Sultan Roodinood Julaspi Kiram.

"Jika pernah bertemu pun apa masalahnya?" ujar Anwar pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini, hari ini.
Mengulas mengenai perkembangan semasa di Lahad Datu, Anwar menyifatkan tindakan kerajaan segera menggunakan seluruh kekuatan yang ada dengan menurunkan pasukan tentera dan polis selaras dengan desakan perikatan pembangkang itu semalam.

"Kami tidak menentang Sulu tetapi kami menentang sekumpulan penceroboh yang bersenjata," tegas Anwar lagi.

Menurut Ketua Umum PKR itu, pihaknya tetap mahukan rundingan meja bulat antara Pakatan Rakyat (PR), Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diadakan bagi membincangkan insiden yang sudah meragut lapan nyawa satria negara.

"Setakat ini mereka belum ada jawapan, biasalah," kata Anwar.

Anwar juga memberitahu, beliau telah ditawarkan satu wawancara khas bersama Filipina 'Inquirer News' setelah pemimpin pembangkang itu membuat penafian berhubung pembabitan dan pertemuannya dengan Sultan Sulu.

"Tawaran menemu duga saya itu berlaku pagi tadi. Dia prihatin kerana saya nafi saya jumpa Sultan Sulu kerana gambar mereka keluar itu sama ada saya jumpa Misuari kerana dia ingat gambar itu adalah Sultan Sulu," ujar Anwar lagi.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Betul... saya mmg x kenal Eskay... saya mmg x kenal China Doll... saya mmg x kenal Misuari... Byk lagi yg saya x kenal... U ulang i saman u...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping