KUALA LUMPUR: Seorang pengurus kanan sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan meliwat seorang remaja lelaki berumur 14 tahun.
Mohd Yusre Mohd Yusoff didakwa melakukan kesalahan itu ke atas remaja itu di dua buah hotel di Jalan Kuchai Lama, Brickfields dekat sini pada 3 petang, 12 November 2012 dan pada 6 petang, 25 Disember tahun lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana dia masih lagi dalam siasatan lima kes seksual yang lain melibatkan mangsa berlainan yang kesemuanya di bawah umur.
Peguam Suzana Norlihan yang mewakili tertuduh berumur 44 tahun itu, memberitahu mahkamah beliau belum menerima sebarang arahan daripada keluarga anak guamnya untuk membuat permohonan mengenai jaminan.
Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Mac depan untuk sebutan.
Ps: Orang yang 'Kaki Punkoq' macam ni hanya pencacai - pencacai kepada Si Ketua Penipu tu sahaja. Jangan marah ye. Si Mat Syabun tu sendiri kata Si Ketua Penipu tu Kaki Pungkoq!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.