Selasa, Mac 26, 2013


Wah!!! Banyak besar dia punya kepala ye? Siap boleh pulak keluarkan arahan suruh semua Dewan Undangan Negeri yang diperintah Pakatan bubar serentak.

Siapa yang lantik dia jadi Pengarah ni? Sesuka hati dia je nak arah - arahkan orang. Dia lupa ke yang Kelantan dan Kedah dah banyak kali sebut. Diorang akan bubar ikut Parlimen. 

Yang Si Kit Siang ni nak bising - bising lagi apa hal? Dah la muka tak malu nak tumpang bendera orang. Sekarang dah nak pijak kepala pulak?

Kalau Pulau Pinang dan Selangor nak bubar Dewan Undangan negeri diorang, bubar je la. Tunggu apa lagi? Dah banyak kali ulang kata nak bubar, tapi tak buat jugak.

Kot kalau diorang bubar pun, bukannya boleh terus buat Pilihan Raya. Semuanya kena tunggu keputusan SPR jugak. Diorang hanya ada 60 hari je untuk memerintah lepas tu.

Masuk hari ke - 61, semua Kerajaan Negeri akan ditadbir dan diperintah oleh Sultan. Jadi, apa nak heran sangat kalau diorang nak bubar?

SH cabar Si Kit Siang ni suruh anakanda tercinta dia tu bubarkan dulu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Amacam? Ada berani? Kalau setakat anak sendiri pun dia tak mampu nak berikan arahan, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
NUSAJAYA - Penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat dibubar serentak dengan pembubaran Parlimen untuk kemudahan pengundi.
Di antara empat negeri di bawah Pakatan Rakyat beliau berkata, Dun Selangor akan tamat tempoh pada 20 April manakala Kelantan enam hari kemudian.
Pembubaran serentak adalah untuk tidak menimbulkan kesulitan kepada para pengundi, kerana pilihan raya dapat dijalankan serentak, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat operasi DAP Gelang Patah di sini hari ini.
Kit Siang berkata, beliau akan menyampaikan pandangannya mengenai perkara tersebut pada mesyuarat bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur nanti.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping