Khamis, Mac 21, 2013


Memang benarlah kata orang tua - tua, kalau kita nak menilai seseorang kita perlu dulu kepada rakan-rakan yang sentiasa mendampingi mereka. 

Maka, tidak hairanlah apabila Nur Misuari, Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro merujuk kepada Anwar Ibrahim sebagai ‘sahabat lama’ kerana ternyata mereka mempunyai perwatakan yang sama iaitu suka berbohong.  

Di awal kejadian pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu, dan ketika rakyat Malaysia masih terpinga-pinga, media Filipina dan agensi berita antarabangsa pantas melaporkan sumber risikan yang menunjuk kepada pembangkang Malaysia,  sebagai dalangnya.   

Bertitik-tolak dari itu, kita menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim yang telah terasa cili begitu ‘bersungguh-sungguh’ menafikan laporan tersebut sehingga membawa kepada ‘parody’ “You ulang, I saman” yang menjadi popular di laman-laman sosial.  

Pendedahan tersebut dikuatkan dengan laporan risikan termasuk gambar yang menunjukkan Anwar telah membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari beberapa kali.   

Untuk itu, Anwar menjelaskan bahawa pendedahan itu tidak wajar dianggap bukti kerana bukan MNLF yang menceroboh Lahad Datu tetapi ‘tentera Sulu’.   

Tidak lama kemudian, Nur Misuari sendiri membuat kenyataan  menawarkan bantuan untuk membantu kerajaan Malaysia berunding dengan pihak Sulu dan ditolak oleh Malaysia.  

Namun, perkembangan seterusnya telah membuktikan bahawa kedua-dua sahabat lama ini telah berbohong apabila ramai di antara pengganas yang ditangkap atau terbunuh telah dikenalpasti sebagai anggota MNLF.  

Sebenarnya, siapapun mereka tiada bezanya iaitu pengganas kejam yang ingin merampas negeri Sabah.  

Dan hari ini kita melihat bagaimana Nur Misuari menyerlahkan warnanya yang sebenar apabila menuduh Malaysia sebagai memperalatkan MILF, menjadi penghalang kepada usaha penyatuan bangsa Moro serta tuntutan kemerdekaan wilayah selatan Filipina.  Beliau juga turut menuduh Malaysia sebagai telah menjajah Sabah dan Sarawak.   


Beliau seterusnya mencabar Malaysia membuktikan hak ke atas kedua negeri itu melalui dokumen undang-undang.  

Justeru, siapakah sebenarnya yang menuntut Sabah?  Pihak Sulu atau MNLF?  Kenapa Nur Misuari berbohong pada mulanya? Apakah cakap seorang pembohong dan pengganas kejam yang tidak bertamadun perlu dilayan secara diplomasi? - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping