Rabu, Mac 13, 2013



Nasi sudah menjadi bubur, namun daripada tiada apa yang hendak dimakan, maka makanlah saja bubur yang ada. 

Satu perumpamaan yang amat sesuai bagi menggambarkan kerakusan dan tindakan bodoh pengganas Sulu menceroboh kedaulatan Malaysia.

Selepas berita kematian orang harapannya yang dikenali sebagai Komander Musa dalam keadaan yang sadis, Kiram III mula menunjukkan sikap lemah lembut dan ingin berdamai serta berharap agar peperangan ini dihentikan segera.

Berita Filipina melaporkan, adik kepada Kiram III iaitu Esmail Kiram sedia berunding agar gencatan senjata dapat dilakukan.

Kenapa Kiram III tidak menggunakan akal firkirannya yang waras sebelum mengambil keputusan menceroboh Sabah?

Kenapa setelah berlaku pertumpahan darah dan kematian, Kiram III inginkan gencatan senjata?

Bukan gencatan sahaja yang diperlukan oleh Malaysia, apa yang lebih penting ialah semua pengganas Sulu hendaklah menyerah diri dan bertanggungjawab di atas segala kemusnahan dan kematian yang berlaku.

Mayat Komander Musa

Kiram III yang mula merasakan bahawa angkatan bersenjatanya bakal dikuburkan oleh anggota keselamatan Malaysia, berada dalam keadaan tertekan dan cuba meraih simpati agar kumpulannya dibenarkan pulang ke Filipina dalam keadaan selamat.

Bagaimana mudahnya penyelesaian Kiram III, begitu jugalah mudahnya keputusan yang dibuat oleh beliau untuk cuba menghuru-harakan Sabah. 

Apa yang dibimbangkan oleh Kiram III ialah keselamatan adiknya iaitu Agimuddin Kiram. Beliau percaya dalam sedikit masa sahaja lagi Agimuddin Kiram bakal mengikuti jejak langkah Komander Musa...mati ditembak.

Penyesalan Kiram III sudah terlambat. Angka kematian pengikutnya dijangka bertambah selagi enggan menyerah diri. 

Menyerah diri adalah jalan terbaik menyelesaikan konflik yang telah masuk minggu kedua ini. Kiram III harus mengakui kesalahannya dan mengarahkan semua pengikutnya yang sedang berdepan dengan anggota keselamatan Malaysia serah diri. 
Categories: , , ,

6 ulasan:

  1. Bila otak berisi sos tiram begitulah perangai Kiram-kiram tersebut.

    BalasPadam
  2. Elokla serah diri and hadapi pertuduhan di mahkamah..nak takut apa banyak loya yg akan defend..

    BalasPadam
  3. ha ha ha padan muka !!! sape nak tolong kiram ni ??? Org misuari ? Org Anwar ? jangan harap la...

    BalasPadam
  4. Orang yang berniat buruk, pasti akan terima padahnya..

    BalasPadam
  5. Lu masuk ceroboh rumah orang bawa senjata mau bunuh org....bila lu kena ketok lagi lu cakap tuan rumah kejam zalim !ada akai kerrr ??

    BalasPadam
  6. Babisial punya tiram....l

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping