Maaf la ye kalau ayat SH ni agak keterlaluan. Tapi, bila bercakap dengan orang yang Bodoh Sombong tu, terpaksa la guna ayat macam ni.
Kot kalau kita guna cara berlembut pun, dia tikam jugak kita dari belakang. Kalau bercakap baik, dia pijak - pijak kepala kita. Dia bunuh anggota keselamatan kita.
Bukan sehari, bukan dua hari orang cuba berbuat baik dengan pihak penceroboh yang dia ketuai. Tapi dah lebih 3minggu. Ada dia peduli semua tu? Tak de der!!! Dia buat pekak je.
Jadi, baik tak payah nak tunjuk baik sangat dengan Si Jamalul Kiram III ni. Dia pun memang jenis manusia yang tak sedar diri. Dah la miskin, lepas tu bodoh nak mampu. Tu pasal la dia kena tenyeh macam ni. Pun dia masih tak sedar diri jugak ke!!!
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T Gazmin yang menghubunginya baru-baru ini.“Saya harap Jamalul Kiram sedar bahawa kerajaan Filipina tidak bersama dengan mereka dan Filipina turut menyatakan hubungan diplomatik mereka dengan Malaysia.“Malah Filipina juga telah mengadakan operasi penyekatan daripada mana-mana penduduk daripada Kepulauan Sulu untuk menyeberang ke Sabah melalui angkatan tentera laut serta pengawal pantai negara berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Barisan Nasional (BN) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) kawasan Gopeng di sini, hari ini.Katanya, Malaysia menghargai tindakan Kerajaan Filipina bersama-sama dengan Kerajaan Malaysia, tentera dan polis bagi menghapuskan pengganas militan yang menceroboh Sabah.Mengulas lanjut mengenai kenyataan Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan perjuangannya terhadap Malaysia adalah satu jihad, Ahmad Zahid menolak kenyataan jihad yang dikatakan Jamalul Kiram.“Itu istlah dia tapi jihad apa kalau menggunakan anak-anak buah menceroboh negara orang, apa makna jihad kalau mereka mati dengan tidak ada penghormatan pun daripada pemimpin mereka.“Saya telah melihat gambar mereka dicampakkan di lubang yang digali cuma dua kaki dan ditutup dengan papan serta pelepah kelapa sawit."Adakah itu jihad, jihad mesti kita hormati jenazah tetapi bukan dengan cara tidak menghormati jenazah ‘pejuang’ mereka yang telah meninggal,” katanya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.