Khamis, Mac 14, 2013


Bagi SH, kesimpulan terhadap Si Tian Chuak ni mudah je. Lain kali buat kerja tu biar la pakai otak sikit. Jangan la asyik nak pakai Kepala Lutut je!!!

Lain kali, kalau nak buat apa - apa kenyataan, fikir dulu sebelum bercakap. Bila dah kena macam ni, baru la nak salahkan orang itu ini. Yang dia BONGOK sangat cari penyakit tu apa pasal!!! Sendiri bikin, sendiri tanggung la woi!!!
Akibat dari kenyataan yang menuduh peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah sebagai sandiwara, Naib Presiden Keadilan Tian Chua akan didakwa dibawah Akta Hasutan.

Kes Tian Chua dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta pada pukul 9 pagi esok. Ini disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, Rozan Azen Mat Rasip didalam laman Twitter beliau sebentar tadi.

Rozan juga menyeru seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan supaya hadir beramai-ramai bagi menyatakan sokongan kepada Tian Chua demi menegakkan kebenaran.


Naib Presiden Keadilan tersebut sebelum ini dengan pantas mendakwa insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah merupakan sandiwara Umno walaupun pada ketika itu ia telah mengorbankan 2 nyawa anggota Komando Vat69.

Tian Chua juga dilaporkan sebagai berkata bahawa semua peristiwa di Lahad Datu hanyalah semata-mata strategi Najib Razak untuk menangguhkan Pilihanraya Umum ke 13.

Sehingga kini, beratus-ratus laporan Polis telah dibuat keatas pemimpin PKR tersebut dan kemarahan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat semakin menebal dengan tindakan biadap beliau.
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Mana boleh marah Tian Chuak, dia orang baik-baik. kan Hadi, Niz Aziz dan ramai lagi ulama serban panjang dah beri kalimah Allah ke Tian Chuak.

    yang tak setuju Haron Din je..... hihihi.

    BalasPadam
  2. Budak sekor ni dari awal lagi sejak dia suka tidur atas jalan menghadang pihak keselamatan menjalankan tugas membuatkan Anwar nampak budak ni mmg boleh diharapkan jadi kuda yang tak makan tuan. Suruh buat apa pun dia sanggup! Anwar suruh buat apa saja dia pasti akan sanggup! Kesanggupan dia ni kelas Anwar belum suruh pun dia dah sanggup dulu!! Dengan kata lebih mudah Tian Chuak ni dah jenis kuda yang dah tak nak pakai otak kalu demi Anwar! Itu sebab sejak akhir-akhir ini kelaku jadi semacam jer. Insiden kenyataan dia pasal Lahad Datu sebenarnya dia pun dah menyesal bila dia fikirkan balik! Ini gara-gara dia memang tak pakai otak semasa dia buat statement tu! Tapi pasal dah terlanjur apa nak buat... Layan jer la. Sekarang barulah 'hulu-halo' cari baju melayu kononnya dapat ler gak minta simpati orang melayu.. Hahahhahah Tian Chuak mampos lah lu AMIKKAW!!!!

    BalasPadam
  3. bukti wujudnya kes menghasut ialah ...
    terdapat rakyat malaysia yang tidak puas hati / menyokong ... hasil daripa perkataan seseorang dan mereka yang tidak puas hati / menyokong ini ini akan ...
    berpiket menentang / menyokong penghasut dan isu yang dibawa ...
    berdemontrasi mennentang / menyokong isu yang dikemukakan oleh penghasut ...
    dengan bersenjata bertindak menentang / menyokong isu itu ...
    report polis menentang / menyokong isu tersebut ..
    apakah isu itu sebegitu rupa dan boleh menjejaskan keamanan negara ...
    mahkamah akan melihat kewujudan elemen di atas ...
    so ... suara majoriti ... jika wujudnya isu yang boleh mengancam keselamatan negara dan mahu pemimpin pembankang didakwa di mahkamah ... bersuaralah dengan ...
    1, membuat report polis ...
    2. berpiket ...
    3, berdemontrasi ...
    4. bab guna senjata tu biarlah puak pakatan lakukan ...
    ingat kes karpal yang pernah dituduh menghasut ... kes ini dibuang oleh mahkamah kerana tiada perkara-perkara di atas ...

    BalasPadam
  4. Tangkap Tian Chua PR tetap ke Putrajya time tulah tengok pencaci UMNO mana diorang nak nyorok!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping