Isnin, April 15, 2013

"Lu Orang Sapa Mau Jadi Calon!!!"

Menjelang pengumuman calon BN yang dikhabarkan akan diadakan hari ini, timbul beberapa persoalan yang masih lagi menghantui rakyat.

Persoalannya ialah mengenai pencalonan yang telah dibuat oleh Ketua Umum PKR sebelum ini mendapat tentangan yang cukup hebat dikalangan pemimpin tempatan.

Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Anwar hanya memberi aib kepada pemimpin – pemimpin PKR Cabang yang dipinggirkan secara terang – terangan.

Perkara ini berlaku diseluruh Negara dan ianya semakin hari semakin bertambah buruk. Lihat saja apa yang berlaku di Sungai Acheh apabila PAS sendiri tampil menentang mereka.

Cuba kita fikirkan sejenak. Apa kejadahnya Anwar ‘import’ orang dari Rembau Negeri Sembilan untuk menjadi calon bagi bertanding di kerusi DUN di Pulau Pinang?

Di Pahang jugak tidak terkecuali dan turut ditimpa dengan musibah yang sama. Sebelum ini, akibat kecewa dengan tindakan Anwar, Ketua Cabang Paya Besar umum bertanding Bebas.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Ketua Cabang berkenaan, dia merasakan tindakan Anwar sebagai satu tindakan yang tidak adil dan meminggirkan pemimpin setempat.

Begitu juga yang berlaku di Bera apabila PAS sendiri bangkit dan membantah pencalonan yang telah diumumkan oleh Anwar sebelum ini.

Bagi PAS, tindakan PKR menamakan calon mereka untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut adala sesuatu yang diluar dugaan kerana ianya tidak pernah dibincangkan.

Tidak cukup dengan itu, pengumuman yang dibuat Anwar di Hotel Megaview kebanyakkannya bukan merupakan Ketua – Ketua Cabang PKR sendiri.

Sebagai contoh, Ketua Cabang PKR Temerloh yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PKR Negeri tidak diletakkan dimana – mana kerusi untuk ditandingi.

Sebelum ini, nama Timbalan Pengerusi PKR itu kerap kali timbul untuk bertanding di peringkat Parlimen Temerloh yang kini diserahkan kepada PAS.

Bayangkan. Betapa hinanya pemimpin – pemimpin tempatan yang selama ini bertungkus lumus membuat kerja dikawasan masing – masing langsung tidak dipandang oleh Anwar.

Sebaliknya, Anwar lebih selesa untuk menamakan orang – orang pilihannya sahaja untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Perkara ini jelas membuktikan sikap Hipokrit Ketua Umum itu sendiri. Selama ini, Anwar sering menunding jari menuduh UMNO mengamalkan dasar Kronisme.

Namun pada hakikatnya, dialah Raja segala Kroni. Calon – calon yang dinamakan sebelum ini merupakan kroni – kroni terpilih manakala Ketua Cabang pula bukan orang pilihannya.

Ketua Cabang dipilih oleh ahli – ahli diperingkat akar umbi dan ada diantara mereka yang Anwar sendiri tak kenal. Sebab itu nama mereka tidak terpilih.

Maka kini jelaslah bahawa perjuangan sebenar PKR bukanlah untuk membantu rakyat. Sebaliknya, perjuangan utama mereka adalah untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Jadi, jangan harap la diorang nak menjaga kebajikan rakyat!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping