Kali ni bukan main - main beb. Tapi ini cerita betul - betul berlaku. Tinggal lagi, ianya belum dapat dipastikan dengan sah memandangkan orang yang cerita tu pun tak pasti.
Maka, jangan pulak ada yang marah kalau nanti ada spekulasi orang buat tentang berita yang disebarkan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan ni.
Bukan apa. Mulut tempayan pun susah nak tutup. Inikan pulak mulut manusia. Dah tentu nanti ada pihak yang kata semua ini hanya sandiwara untuk meraih simpati.
Maklum la. Dalam keadaan sekarang ni, semua benda pun boleh dijadikan sebagai bahan untuk berpolitik. Waima orang dah meninggal pun boleh jadi modal Politik jugak.
Jika sebelum ini, puak - puak Pakatan Haramjadah tu boleh menjaja cerita pasal orang mati, jangan pulak diorang marah kalau ada orang buat spekulasi mengenai isu ini.
Walaubagaimana pun, SH doakan semoga calon PAS yang dikatakan masuk ICU tu selamat dan sentiasa didalam lindungan Allah S.W.T. Semoga beliau sembuh dan dapat meneruskan kehidupannya diatas muka bumi ini. Amin...
SEREMBAN - Calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lenggeng, di sini Zulkefly Mohamad Omar dilapor dimasukkan ke hospital selepas dikatakan mendapat serangan angin ahmar, semalam.Ketua Pemuda Pas negeri Mohd Khairil Anuar Wafa yang mengesahkan perkara itu berkata Zulkefly Mohamad, 49, kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.Mohd Khairil yang juga calon Pas bagi kerusi DUN Labu bagaimana pun tidak pasti hospital mana dan bila Zulkefly Mohamad dimasukkan ke hospital berkenaan."Saya cuma dimaklumkan bahawa Zulkefly berada dalam ICU," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Zulkefly Mohamad menghadapi saingan tiga penjuru bersama calon Barisan Nasional Datuk Ishak Ismail dan seorang calon bebas Zulkifli Abdullah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.