Khamis, April 25, 2013


Sebelum ni, timbul kisah calon PKR yang kantoi jadi Pengedar 'Pil kuda' dan mengikuti fahaman Komunis. Sekarang lain pulak ceritanya. Ada jugak yang kantoi tak bayar saman.

Saman pulak bukan sebarang saman beb. Bukan la saman trafik, saman AES atau pun saman parking yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Tapi ini saman mahkamah. Saman yang perlu dibayar akibat fitnah. Saman pulak bukan sikit - sikit beb. Tapi RM 30,000!!! Lebih daripada duit bayar deposit pencalonan.

Kalau selama hari ini, puak - puak Pakatan Haramjadah tu dok hasut rakyat suruh tolak pemimpin yang suka fitnah, jadi sekarang diorang jugak pelu buat benda yang sama.

Diorang perlu tolak calon yang kuat buat fitnah didalam parti diorang sendiri. Jangan setakat cakap pada orang lain je. Diri sendiri tu kena betulkan dulu. Kalau setakat nak jadi ketam, baik tak payah jadi wakil rakyat. Buat mengabihkan masa je!!!
GEORGE TOWN: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Air Tawar, Norhayati Jaafar masih belum membayar saman fitnah RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah.
Peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar, berkata setelah perkara itu diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada 27 Sept tahun lepas, anak guamnya tidak menerima sebarang respons daripada defendan dan menurutnya tempoh untuk membuat rayuan kes itu telah lama berakhir.
"Kegagalan Norhayati menjelaskan bayaran saman menunjukkan beliau ingkar arahan mahkamah dan tidak menghormati undang-undang," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Katanya turut diperintah membayar ganti rugi RM30,000 kepada Aminah ialah Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutong Jab Samad yang dinamakan sebagai defendan kedua dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Anuar Kamaruddin sebagai defendan ketiga dalam saman itu.
Saiful Ambar berkata pihaknya sedang dalam proses memfailkan beberapa tuntutan supaya kesemua defendan mematuhi perintah mahkamah supaya membayar ganti rugi kepada anak guamnya dengan kadar segera.
Pada 27 September tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk GV Varughese membuat keputusan itu selepas mendapati Norhayati, Jab dan Anuar bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Aminah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei 2011.
Sementara itu, Aminah berkata kegagalan Norhayati membayar saman itu menunjukkan beliau tidak layak dipilih sebagai wakil rakyat di Telok Air Tawar.
"Bagaimana beliau (Norhayati) boleh ada hati bertanding sedangkan beliau terang-terangan suka menabur fitnah dan ingkar pula arahan mahkamah," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping