Jumaat, April 19, 2013


Itu desas desus yang mula bermain dikalangan ahli - ahli PKR Kuantan sejak sehari dua yang lalu. Dengar kata, Datuk Fauzi tak jadi nak bertanding.

Cerita mengenai perkara tersebut mula berkumandang selepas pengumuman calon - calon Barisan Nasional Pahang yang dibuat Selasa lalu.

Sebelum ini, Fauzi telah dinobatkan oleh Ketua Umum PKR calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota bagi menggantikan Azan Ismail.

Dalam pengumuman yang dibuat ketika mengadakan ceramah itu, rata - rata ahli PKR menyambutnya dengan sorakkan 'Boo...' sebagai tanda protes.

Ekoran pengumuman itu juga, Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota telah meletakkan jawatan dan keluar parti bersama - sama 300 orang pengikutnya.

Kata mereka PKR dengan terang - terangan meminggirkan kaum India dengan mencalonkan Fauzi. Mereka masih lagi bergantung harapan kepada Azan.

Bagi mereka, biarlah Azan yang bertanding asalkan bukan Fauzi. Sekurang - kurangnya, Azan masih lagi mengambil berat terhadap kaum India dikawasan tersebut.

Nak pulak bila nama Dato Wan Adnan, Exco Kerajaan Negeri Pahang dicalonkan bagi merebut semula kerusi Parlimen tersebut mewakili Barisan Nasional.

Dato Wan Adnan pernah menjadi Timbalan Ketua Bahagian sewaktu Fauzi masih lagi Ketua UMNO Bahagian Kuantan. Perkara itu dianggap satu cabaran besar buat Fauzi.

Kemungkinan besar nama Fauzi akan digugurkan dan diganti dengan orang lain dalam masa terdekat seterusnya mengiyakan kenyataan Dato Sri DiRaja MB Pahang.

Dalam sidang media yang diadakan sebelum ini, YAB Menteri Besar Pahang telah menyatakan bahawa kebarangkalian PKR tukar calon akan berlaku.

Dan ianya semakin dapat dilihat dengan jelas apabila berlakunya insiden baru - baru ini. Fauzi dilihat meninggalkan majlis sebaik sahaja Wan Azizah, Presiden PKR sampai.

Ura - ura mengatakan yang Fauzi akan berpindah ke Paya Besar memandangkan Cabang tersebut kini menjadi liabiliti besar kepada jentera PKR.

Perkara tersebut berlaku apabila nama Hidayah Murni diumumkan sebagai calon dan seterusnya menyaksikan reaksi pantas dari Ketua Cabang PKR Paya Besar sendiri.

Pengumuman itu telah membuatkan Ketua Cabang dan Ketua AMK Paya Besar membuat kenyataan yang mereka akan bertanding Bebas.

Kesimpulannya, kemelut yang melanda PKR Pahang hari ini semakin hari semakin kronik. Hakikatnya, mereka bertanding bukanlah dengan tujuan untuk memperjuangkan rakyat. Sebaliknya hanya untuk kepentingan diri sendiri!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping