Jumaat, April 12, 2013


Haduh!!! Kalau ye pun Si Foolziah ni dalam keadaan kegersangan, jangan la tunjuk sangat kat orang. Wat malu je kat budak - budak. Kalau kena gaya nak jadi hero sangat.

Tapi bila suruh buat kerja sikit merungut. Suruh buat kerja sikit, banyak sangat komen yang dia bagi. Nak buat, buat je la. Tak payah la cerita itu dia buat, ini dia buat.

Nampak sangat Si Foolziah ni buat kerja tak ikhlas. Apa yang penting bagi dia ialah untuk bergelar YB je. Bab buat kerja dia suruh orang lain. Jadi, tak heran la kalau dia boleh jadikan isu air ni sebagai modal Politik. Orang 'gersang', memang itu la cara dia pun!!!
KUANTAN - Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan tindakan pihak pembangkang yang memainkan isu gangguan bekalan air di daerah ini bermotifkan politik dan mencari publisiti murahan.

Katanya isu tersebut sengaja digembar-gembur oleh Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketandusan isu dan mulai sedar bahawa rakyat kini menolaknya.

"Saya tak nampak ia (masalah air) perlu digembar-gemburkan kerana enjin pam rosak apa nak buat. Sama seperti apabila kita memandu kereta rosak, tak kan nak salahkan pemandu pula.

"Bila masalah air berlaku, saya juga mengalaminya. Tidak mungkin kerajaan sengaja mahu menyusahkan rakyat terutama dekat-dekat Pilihan Raya Umum ke-13," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sejak seminggu yang lepas pihak pembangkang kerap memainkan isu gangguan bekalan air di daerah ini sehingga mengheret masyarakat mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Masjid Sultan Ahmad Shah hari ini.

Mengulas lanjut Adnan berkata masalah bekalan air yang berlaku minggu lalu itu bukan disebabkan ketidakcekapan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) atau salah kerajaan, tetapi kerana salah satu daripada tujuh pam di Rumah Pam Sungai Kobat rosak.

Katanya sebelum ini tujuh pam tersebut berfungsi dengan baik bagi membekalkan air kepada kira-kira 500,000 penduduk tetapi satu daripada enjin pam tersebut rosak dan menyebabkan bekalan air yang dipam ke loji penapisan di Semambu berkurangan.

"Kerajaan (negeri) juga menambah tiga lagi rumah pam baru dengan kos sebanyak RM42 juta tetapi hanya dua beroperasi kerana sebuah lagi mengalami kebocoran pada saluran paip.

"Bagaimanapun, masalah tersebut telah selesai kerana pada masa kini sebanyak sembilan pam telah beroperasi manakala sebuah lagi dijangka beroperasi awal bulan depan," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping