Jumaat, April 12, 2013


Itu satu persoalan yang timbul dari kalangan rakyat terutamanya bagi ahli - ahli PKR sendiri. Kenapa secara tiba - tiba Kak Wan umum kata tak nak bertanding?

Kalau sebelum ini, Kak Wan dengan bangganya mengadakan sidang media dan menyatakan secara terbuka dia akan bertanding dalam PRU akan datang.

Namun, memandangkan Kak Wan tak boleh bertanding Parlimen, dia kata dia nak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Maka, bermula la khabar angin mengatakan yang kononnya Kak Wan nak jadi Menteri Besar seterusnya mengugat peluang Bang Min bagi menduduki kerusi tersebut.

Walaubagaimana pun, hasrat Bang Min kembali cerah apabila Bang Non tampil dan membuat pengumuman bahawa Kak Wan tidak akan bertanding.

Bagi anak Kak Wan pulak, pengumuman Papanya itu tidak dianggap serius. Malah, Si Nurul Izzah tu dengan yakin kata Mama dia tetap bertanding.

Sekali lagi, Si Nurul Izzah GAGAL menyelamatkan Mama dia apabila Bang Min selaku Pengarah Pilihan Raya PKR buat pengumuman Kak Wan tak bertanding.

Pulak dah!!! Sekejap kata nak bertanding, sekejap kata tidak. Yang mana satu yang betul ni? Semalam, teka teki mengenai sama ada Kak Wan bertanding atu tidak sudah terjawab.

Kak Wan sendiri menyatakan yang dia takkan bertanding dalam PRU akan datang. Ianya dibuat sehari selepas pendedahan mengenai aset keluarga Bang Non jadi pertikaian.

Adakah kemungkinan pendedahan tersebut yang membuatkan Kak Wan tak nak bertanding? Maklum la, sebelum ni pun dia dah puas menjawab isu yang berkaitan Bang Non. Jadi, takkan kali ni pun dia nak selamatkan Bang Non lagi!!!
PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail hari ini mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei depan.
Wan Azizah berkata, keputusan tersebut katanya dibuat kerana mahu memberi fokus dalam membantu kerja-kerja kempen serta menguatkan jentera parti terutamanya yang melibatkan wanita.
“Saya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding..kerana saya mahu kempen seluruh negara..," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, sebentar tadi.
Sebelum ini Wan Azizah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
Keputusan itu dibuat ekoran Wan Azizah tidak layak untuk bertanding bagi kerusi Parlimen sehingga Ogos ini, namun masih boleh berentap untuk kerusi DUN.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping