Ahad, April 21, 2013


KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yakin dapat mempertahankan kerusi yang telah dimenanginya sebelum ini berdasarkan kepada rekod-rekod pencapaian serta sokongan rakyat setempat.
Menurutnya lagi, kebanyakkan rakyat sudah mengenali beliau dan sepanjang 10 tahun beliau menjadi Ahli Parlimen banyak perkara yang telah dilaksanakan, di antaranya adalah menjadikan Pokok Sena sebagai sebuah daerah di dalam Negeri Kedah.

Jelasnya ketrika dihubungi Harakahdaily, perkara ini dilaksanakan sewaktu pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PAS) supaya lebih banyak tumpuan pembangunan diberikan kepada Pokok Sena.

"Saya berkeyakinan kita (PAS) dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi sebelum ini, melalui rekod kejayaan yang telah PAS lakukan saya pasti rakyat akan terus memberi sokongan.

"Dulu Pokok Sena bukannya sebuah daerah tetapi di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat PAS, kita telah menjadikan Pokok Sena kepada sebuah daerah dan ini bertujuan agar lebih banyak pembangunan diberikan selari dengan status Pokok Sena sebagai sebuah daerah," jelas beliau.

Beliau yang sebelum itu memberitahu sepanjang tempoh penamaan calon semalam tidak ada sebarang provokasi dan perkara yang tidak diingini berlaku, malah berliau turut mengucapkan terima kasih kepada anggota polis dan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memastikan segala proses berjalan lancar.

Mahfuz yang ketika ditanya mengenai pencabar beliau, Datuk Shahlan Ismail dari Barisan Nasional (BN) memberitahu beliau mengganggap Shahlan seperti keluarga beliau sendiri, yang mana tidak akan ada sebarang serangan peribadi atau perbalahan antara mereka berdua.

Katanya lagi, walaupun Shahlan merupakan ahli Umno dan bertanding atas tiket BN namun kebanyakkan keluarga beliau merupakan ahli PAS, hubungan ini perlu beliau pelihara bagi memastikan tidak akan wujud perselisihan faham antara beliau dengan ahli keluarga Shahlan.

"Saya mengenali Shahlan dan menganggap pertembungan kali ini adalah pertembungan keluarga, kita saling hormat menghormati. Saya tegaskan kepada penyokong jangan ada serang peribadi dilakukan kerana kita perlu menghormati pihak lawan prinsip kita bertanding biar dalam keadaan berhemah.

"Rata-rata ahli keluarga beliau merupakan ahli PAS dan perkara ini perlu kita beri perhatian, saya tidak mahu timbul salah faham yang akhirnya merugikan kita (PAS)," jelas beliau lagi.

Ps: Hakikatnya, itu semua wayang Si Mahfuz Bean je. Selama hari ni, dia jugak yang kuat mengutuk pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Kalau betul apa yang dia cakap, lepas ni dia dah tak boleh cerita buruk pasal pemimpin BN dengan dakwaan yang bukan - bukan. 

Kalau dia buat jugak, maknanya dia perli calon BN yang ada. Jadi, nasihat SH, baik dia tak payah bertanding!!! Kalau setakat nak buang masa je, buat apa!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Dia pun takut jadi macam Mustapa Ali. Kut2 ada video gak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping