Jumaat, April 19, 2013


Memalukan beb!!! Sepatutnya sebagai orang 'besar' di Perak, Si Nizar ni tak perlu lagi bertanding atas kerusi 'Pinjam' ni. Dia patutnya diberi laluan terus.

Walaupun nama dia memang ada dikerusi Changkat Jering sebelum ini, tapi PKR tetap jugak tak nak bagi dia bertanding. Diorang tetap jugak nak kerusi tersebut.

Nampak sangat la PKR ni tidak mengiktiraf Si Nizar Lilin ni dengan mengambil tindakan sedemikian. Pun masih ada lagi orang nak yakin dengan Si Nizar tu?

Hanya bila wujud pertukaran kerusi, baru la Si Nizar tu merasa nak bertanding di peringkat Parlimen. Kalau tidak, gigit jari la jawabnya!!!

Mungkin itulah khifarah Allah kepada Si Nizar ni. Harap - harap dia dapat la jadikan hidayah. Dulu, dia duduk kat atas, lepas tu dia diturunkan ke bawah dengan ketentuan Allah. 

Sekarang, nak bertanding pun pakai kerusi pinjam. Pun terpaksa merayu - rayu. Lain kali ingat, jangan kita berlagak sombong sangat bila ada kat atas tu. Jangan kita ingat diri kita ni bagus sangat!!!
IPOH 19 April - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Dr. Muhammad Nur Manuty mengakui pihaknya terpaksa 'meminjamkan' kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering kepada Pas bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-13. 
Katanya, melalui perjanjian yang akan dimeterai bersama antara kedua-dua parti itu, PKR akan menuntut kerusi DUN Manong daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 
"Memandangkan kita mahu elakkan pertembungan tiga penjuru, maka kita telah membuat persefahaman bahawa perkara ini akan dicatat dalam bentuk hitam putih untuk PKR menuntut DUN Manong pada pilihan raya akan datang. 
"Untuk sementara ini, Changkat Jering dipinjamkan kepada Pas dan Pas akan bertanding di Manong pada kali ini. 
Perjanjian belum termeterai kerana kita sibuk menjelang hari penamaan calon, maka kita wujudkan persefahaman dahulu," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon-calon pakatan pembangkang Perak dalam satu ceramah di sini malam tadi. 
Pesuruhjaya Pas negeri, Abu Bakar Hussain ketika mengumumkan senarai calon Pas mengesahkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di Changkat Jering. 
Kerusi tersebut sebelum ini menimbulkan pertikaian antara Pas dan PKR apabila Pas mengumumkan Mohammad Nizar bertanding di kerusi tersebut tanpa mendapat persetujuan PKR negeri.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Hahahaa Nizar lilin lambai sengeh....kalu menang kena bagi balik....AHmad ALbab yg punya hahhahahahh!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping