Selasa, April 23, 2013


Seorang aktivis sosial yang bernama Hamdan Bin Osman bersama 20 yang lain telah membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai calon PKR yang menjual pil kuda.

Kenyataan Hadi adalah seperti dalam video dibawah ini:


Menurut Hamdan Osman perkara yang dinyatakan oleh Hadi Awang merupakan satu kenyataan yang serius, melampaui batas politik.

"Menjual pil kuda adalah satu kesalahan jenayah. Hadi Awang perlu mendedahkan siapa yang dimaksudkan olehnya. Sekiranya beliau tidak berbuat demikian beliau haruslah didakwa dimahkamah sebagai seorang pemimpin yang melindungi penjenayah", kata Hamdan lagi ketika ditemui selepas membuat laporang polis di Balai Polis Kampung Rapat.

Ada kemungkinan Hadi Awang cuba menuduh calon PKR bagi Dun Seberang Takir iaitu Ahmad Nazri Mohd Yusoff seorang usahawan yang mempunyai farmasi di Kemaman Terengganu.

Hamdan berharap pihak polis membuat sisatan terperinci mengenai kenyataan Hadi Awang ini.

Ps: Memandangkan dah ada orang buat laporan Polis, jadi memang sah Polis akan siasat kenyataan yang dibuat oleh Hadi Awang tu nanti.

Tapi kita jangan pelik pulak kalau Si Hadi Awang tu akan kata media saja putar belit kenyataan dia. Tu memang jawapan 'standard' beb!!! Standard nak menipu rakyat!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Ramai suka melihat Hadi waktu tuanya yang tidak secelupar dulu menghukum orang UMNO kafir, namun ramai juga sedar sukarnya HADI melabel orang kanannya sebagai PENZINA.....

    BalasPadam
  2. Biar jadi Quaran buruk tapi masih dihormati, tapi kalau jadi kasut buruk alamatnya lapuklah.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping