Nak Berdemo, Tutup Muka Apa Barang Cik Kak!!! |
Hari ini hari penamaan calon. Namun berita terkini yang kita dengar semalam, calon tunggal dari Gerakan Mahasiswa (GE13) mengumumkan bahawa mereka tak jadi bertanding.
Berita itu sudah pasti menjadi satu tanda tanya kepada rakyat. Kenapa pulak tiba - tiba sahaja mereka tidak jadi bertanding? Berikut kenyataan media dari wakil mereka:
PETALING JAYA: Pelajar jurusan sains politik Universiti Malaya (UM), Mohamed Bukhairy Sofian, 23, menarik diri daripada menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan.Bukhairy yang mewakili Gerakan Mahasiswa PRU-13 (GM13) mengumumkan keputusan itu awal pagi Jumaat dengan memberitahu pemimpin Pakatan Rakyat telah meluluskan manifesto Mahasiswa.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjanji untuk melaksanakan manifesto itu sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.
Nah! Rupanya geng - geng GE13 ni bukan hendak bertanding demi menjaga kebajikan rakyat. Tetapi sebaliknya mereka bertanding disebabkan tuntutan peribadi.
Soalnya, adakah selama hari ini Kerajaan meminggirkan golongan Mahasiswa? Rasanya tidak. Malah Mahasiswa hari ini diberikan ruang kebebasan seluas - luasnya.
Mereka kini dibenarkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum berikutan penstrukturan semula AUKU. Secara tak lansung, suara mereka didengar oleh Kerajaan.
Namun pernahkah mereka persoalkan siapa yang mula - mula menimbulkan isu AUKU dan menjadikannya sebagai satu penguatkuasaan terhadap Mahasiswa?
Mungkin, bagi anak - anak kecil ini mereka lupa. Mereka lupa yang Ketua Umum PKR itu sendiri yang menjadi batu penghalang besar kepada Mahasiswa.
Ketua Umum PKR itulah yang membatalkan hak Kebebasan Bersuara dikalangan Mahasiswa. Ketua Umum PKR itulah yang menghalang mereka terlibat dengan Politik.
Dan, Ketua Umum PKR itulah yang bertanggung jawab dalam menghapuskan sistem biasiswa penuh kepada golongan Bumiputera sebelum ini.
Jadi, adakah wajar bagi mereka untuk bergantung harap kepada Ketua Umum PKR itu? Adakah mereka boleh percaya dengan janji yang telah dibuat olehnya?
Anak - anak muda GE13 ini perlu ingat. Slogan siapa yang kata 'Manifesto Bukan Janji' kalau bukan puak - puak Pakatan Pembangkang ini sendiri.
Maka jangan la mereka pulak yang menjadi mangsa tipu muslihat puak - puak Pakatan ini. Ini bukan kali pertama puak - puak Pakatan mengingkari janji yang telah mereka buat.
Semua orang ingat lagi peristiwa Kampung Buah Pala. Ketua Umum PKR itulah yang berjanji dengan penduduk setempat untuk menyelesaikan masalah mereka. Tapi apa jadi akhirnya?
Kampung mereka diroboh dan mereka menjadi orang pelarian dibumi mereka sendiri. Bukankah itu bukti jelas bahawa Pakatan tidak menepati janji mereka?
Sudah la! Nasihat ikhlas ini ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan kepada golongan Mahasiswa sahaja. Cukup lah kita ditipu oleh Si Ketua Umum PKR itu sekali. Jangan biarkan dia terus menipu kita untuk ke sekian kalinya pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.