Rabu, April 24, 2013


Kalau sebelum ini, mungkin ada dikalangan ahli - ahli PAS menafikan tuduhan yang dibuat oleh Presiden PAS terhadap pencalonan yang dibuat oleh PKR.

Semua orang tau, tindakan itu hanya sekadar nak menutup pekung didada mereka. Nak tutup cerita kononnya diorang ni tak sepakat dan berpecah belah.

Tapi hakikatnya, memang itulah yang berlaku. Memang dakwaan itulah yang menjadi persoalan dikalangan ahli - ahli PAS sendiri sebab memang itu corak mentaliti mereka.

PAS tidak akan mudah mempercayai orang lain. Sebaliknya, mereka tetap juga ada sifat ragu - ragu terhadap Pakatan yang telah dijalinkan.

Tu pasal la ada kerusi - kerusi yang berlapis dan menyaksikan calon PAS lawan calon PKR. Ada betul jugak tindakan PAS tu. PKR letak calon pun tak masuk akal.

Sebagai contoh di Sungai Acheh. Apa kejadahnya diorang pergi campak Si Chagu Bard tu ke sana? Bapak jauhnya kerusi yang dia nak bertanding. Tak masuk akal lansung!!!

Macam dah tak de orang lain kat Sungai Acheh tu diorang boleh jadikan sebagai calon. Ini tidak. Dibantainya ambik orang dari Rembau bertanding. 

Kerusi DUN pulak tu. Kalau kerusi Parlimen tahan jugak lagi. Jadi, memang patut sangat la PAS marah. Tu pasal PAS tuduh puak - puak PKR tu ambik calon 'Tangkap Muat'!!!

Tapi dibawah ni, PAS bukan setakat maki puak - puak PKR tu sahaja. Diorang siap maki Mufti Perlis dan dituduh sebagai salah seorang calon 'Tangkap Muat' PKR.

Nah!!! Bila orang tu tak menyokong diorang, mula la diorang buat dakwaan yang bukan - bukan. Bila nama Si Juanda tu naik hari tu, diorang beria - ia sangat menyokong.

Tapi sekarang? Nah! Inilah sikap parti yang KONONnya nak memperjuangkan Islam tu. Orang yang ada ilmu dalam bab agama, diorang perlekeh - lekehkan. Tapi kata nak memperjuangkan Islam. Itu pejuang Kepala Tengkorak dia!!!
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini. Katanya lagi, Pas walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.

Dr Juanda dan Dr Hassan membantu kempen UMNO @ BN di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur malam tadi.Sebelum ini ramai orang marah kepada PAS kerana PAS tak boleh bertolenrasi dengan PKR untuk kerusi Kangar Perlis. 

Ramai penulis-penulis mencemoh PAS termasuk Mohd Sayuti Omar atas tindakan PAS. Sedang mereka tidak sedar bahawa PAS berbuat demikian bagi menyelematkan Pakatan Rakyat daripada calon yang tidak dikenalpasti secarah halus kedudukannya. 
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Sedang menghitung nasib Anwar, Mahfuz dan Mat Sabu........

    BalasPadam
  2. Dah tangkap tapi tak cukup muat. Spenda putih tu besau sangat! kah kah kah

    Aku Yang Bingai:
    PRU13 - Ibrahim Ali dan Nallakarupan Korban Prinsip? di TendangTerajang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping