Selasa, April 16, 2013

"Nak lawan nanti jangan main gertak - gertak ye.
Kang aku baling  dengan kayu ni baru tau..."
Belum apa - apa lagi Si Sam Ketot tu dah mula ketar lutut. Tapi nasib baik hari ni dia keluar rumah sambil pakail lampin saiz Extra Large tajaan Pak Mus.

Kalau tidak, dah tentu - tentu awek yang tebar roti canai dengan Pak Mus kat atas katil tu akan merah muka walaupun muka dia agak gelap sikit.

Mana tidaknya. Dibuatnya kalau Si Sam tu terkencing dalam seluar, tak ke haru jadinya? Nak pulak lepas Si Sam Ketot tu baca berita dibawah ni.

Sebelum ini, puak - puak Parti Kencing Rakyat katanya dah umumkan nama Si Sam Ketot ni untuk bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil.

Mulanya Si Sam Ketot tu ingatkan laluan yang dia akan hadapi nanti menjadi satu laluan yang mudah. Maklum la. Takkan la Si Ketua Penipu tu nak bagi dia kerusi susah kan?

Sekali, bila Barisan Nasional Melaka umum calon diorang hari ni, baru la Si Sam Ketot tu tau yang dia pun dah kena tipu dengan Si Ketua Penipu tu. 

Rupanya, Si Sam Ketot tu kena berhadapan dengan Tok Ali Rustam. Selama hari ni, Si Sam Ketot tu setakat berani cakap belakang je. Sekarang dah berentap depan - depan. Harap - harap jangan Si Sam Ketot tu terkencing dalam seluar sudah la!!!
MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dipindahkan ke kerusi Parlimen sementara Ahli Parlimen Tangga Batu, Idris Haron  pula akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei.
Ali yang sebelum ini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Baru, kali ini akan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil  untuk mencabar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Idris pula akan bertanding di kerusi DUN Sungai Udang. Ini bermakna sekiranya Barisan Nasional mengekalkan Melaka dan Idris pula  menang di Sungai Udang, beliau dilihat sebagai bakal Ketua Menteri yang baru.
Pemimpin veteran MCA, Datuk Dr Fong Chan Onn yang merupakan penyandang Parlimen Alor Gajah juga digugurkan kali ini.  Sementara itu satu-satunya Exco Kerajaan Negeri dari MIC, Datuk R Perumal yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Asahan  digugurkan dan digantikan dengan Setiausaha Khas Ali, Datuk MS Mahadevan.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Si Sam ni konfiden menang lawan Tok Ali. Cerita lanjut kat sini : http://up4u2c.blogspot.com/2013/04/alamak-perasannya-dia-kesian.html

    BalasPadam
  2. Sam, anda mahu londeh Ali Rustam?... lihat dulu tangan anda, jangan-jangan tangan itu telah memegang tangan dan ketiak Anwar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping