Selasa, April 16, 2013


ALOR SETAR 16 April - Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Ir. Fadzilah Mohd. Ali, 55, yang dijangka menentang Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga sepupunya berharap pengundi memberi peluang kepadanya untuk menjadi wakil rakyat mereka di kerusi berkenaan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai itu berkata, secara peribadi dia menghormati sepupunya itu tetapi hakikatnya Azizan gagal membawa perubahan dan pembangunan ketara sepanjang menjadi wakil rakyat di Sungai Limau sejak 1995 termasuk semasa menjadi Menteri Besar Kedah pada PRU 2008.

"Sebagai seorang arkitek profesional yang banyak terlibat dalam projek di dalam dan luar negara termasuk mereka bentuk Kompleks Sukan Nasional di Bukit Jalil, Insya-Allah saya boleh menggunakan pengalaman yang ada untuk memajukan Sungai Limau jika pengundi di sini memberi peluang," katanya selepas diumumkan sebagai calon BN di kerusi berkenaan

Menurut Fadzilah yang juga Penyelaras DUN sungai Limau, sebagai ahli UMNO, dia sedia menggalas tanggungjawab untuk bertanding di kerusi berkenaan meskipun terpaksa berhadapan sepupunya yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah.

''Sebagaimana perumpamaan Melayu, air dicincang tidak akan putus. Kami tetap sepupu dan saya memohon restu ahli keluarga yang lain untuk bertanding. 

Mereka memberikan reaksi yang pelbagai dan berharap mereka juga dapat melihatnya dari sudut positif," katanya yang juga adik kepada Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd. Puat.

Ps: Dah tentu - tentu Tok Jan tu ada buat benda yang tak betul ye tak. Kalau tidak, kenapa pulak sepupu dia sendiri yang sanggup nak menentang dia!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. KAMI SOKONG FADZILAH ANAK ALI INSUREN.....TOLAK TOK JAN...SELAMAT TINGGAI PAS KEDAH !

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping