Jumaat, April 12, 2013


Hahaha!!! Kesian beb. Mungkin inilah yang orang  khifarah Allah nak tunjuk pada kita manusia diatas muka bumi ni. Jangan rajin sangat nak salahkan orang lain.

Kalau kita sendiri dah buat silap, mengaku je. Habis cerita. Ini tidak. Nak jugak kita tunding jari pada orang lain. Dah tak pasal - pasal malu diri sendiri.

Allah nak tunjuk pada kita Kebenaran. Siapa yang bercakap benar, maka orang itu akan sentiasa mendapat perlindungan dan keredhaanNya. Itu hakikat beb.

Cuma orang macam Si Nizar Lilin ni je yang tak faham mengenai perkara tersebut, walaupun dia merupakan pemimpin PAS yang KONONnya memperjuangkan Islam.

Dah terang - terang dia mempertikaikan tindakan DYMM Tuanku Sultan Johor beli nombor pendaftaran WWW 1 dilaman twitter milik dia. Nak nafi apa lagi?

Pun dia masih lagi nak saman pihak TV3 dan Media Prima ke? Masih jugak dia tak nak mengakui yang dia terang - terangan hina Tuanku Sultan?

Sudah la Nizar oi!!! Kalau buat sekali, orang mungkin boleh maafkan. Tapi kalau dah banyak kali buat, itu dah kira melampau namanya. Tu pasal la saman dia kena tolak.

Sebab apa kena tolak? Sebab pihak dia sendiri GAGAL untuk meyakinkan mahkamah bahawa uasan dari TV3 tu diambil dari laman twitter dia sendiri. Dah dia yang tulis, lagi nak salahkan orang lain jugak ke? Sendiri bikin, sendiri tanggung la woi!!!
KUALA LUMPUR 12 April - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini gagal dalam kes saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) berhubung isu nombor pendaftaran WWW 1 milik Sultan Johor. 
Ini berikutan keputusan Hakim Datin Yeoh Wee Siam menolak saman terhadap TV3 dan Produser Buletin Utama, Rohani Ngah dengan alasan pihak defendan berjaya membuktikan pembelaannya berdasarkan ulasan saksama terhadap perkara yang menyentuh kepentingan awam.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Kah!...kah!...kah!...lain kali jangan salah ludah,apa nak buat bila sudah arahkan kelangitnbukan timpa orang lain tetapi batang hidung sendiri.Gunalah fikiran yang waras apabila berkata-kata,jangan hawa nafsu sebagai keinginan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping