Ahad, Mei 05, 2013


PERTAMA : ADAKAH MEREKA MAHU SEORANG WAKIL RAKYAT YANG MEMPUNYAI KERAKYATAN KANADA???

Sebelum ini, telah didedahkan bahawa Si Wong Tak ini ada mempunyai kerakyatan Negara lain. Jadi, rakyat perlu jadikan ianya sebagai satu persoalan.

Bayangkan. Jika suatu hari nanti, berlaku apa - apa di kawasan Bentong, adakah Si Wong Tak ini akan tetap kekal di Malaysia? Dia boleh lari ke Kanada.

Yang kita ni, rakyat biasa, nak lari ke mana? Sejauh mana kesetiaan dan jati diri dia terhadap Negara sehingga sanggup menerima kerakyatan negara asing?

KEDUA : ADAKAH MEREKA SANGGUP TERIMA SEORANG WAKIL RAKYAT YANG LARI DARI MASALAH SENDIRI???

Sebelum ini juga, kita telah dedahkan kepada rakyat bahawa Si Wong Tak ini pernah lari dari Negeri Pahang kerana mengalami masalah kewangan.

Bayangkan. Masalah kewangan dia sendiri pun dia tak mampu untuk selesaikan. Bagaimana dia hendak menyelesaikan masalah kewangan Negara?

Bagaimana mungkin seorang yang lari dari masalah sendiri mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat dimasa akan datang? 

Kalau kita datang nak mengadu masalah kepada nanti, adakah dia akan membantu kita atau adakah dia akan tetap melarikan diri?

KETIGA : ADAKAH MEREKA AKAN MENERIMA SEORANG CALON YANG TIDAK JUJUR KEPADA DIRINYA SENDIRI???

Perkara ini juga telah kita dedahkan dan jadikan ianya persoalan UTAMA. Bagaimana mungkin seorang yang ada masalah kewangan boleh mempunyai duit untuk beli tanah?

Bayangkan. Dia lari dari Negeri Pahang kerana mengalami masalah kewangan. Jadi, bagaimana mungkin dia ada duit untuk memperolehi tanah seluas 1000 ekar?

Bukan setakat beli tanah je. Tapi dia  juga turut mampu menanam pokok Kelapa Sawit diatas tanah tersebut. Mana dia dapat duit? Takkan pulak duit tu boleh turun dari langit. 

Sampai hari ini, Si Wong Tak tu masih GAGAL untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai perkara tersebut. Bermakna, dia pun TAK JUJUR kepada dirinya sendiri.

Takkan mungkin orang seperti ini layak untuk kita jadikan calon dimasa akan datang? Takkan orang seperti ini yang mahu diangkat menjadi wakil rakyat?

Jadi, sebelum anda mengundi esok, sebelum tanda kertas undi tu, imbas kembali soalan - soalan ini. Jangan gadaikan masa depan anda dan keluarga anda demi untuk kepentingan orang yang tak sedar diri macam Wong Tak!!! Ini kali DAPigs Boleh Blah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping