Ahad, Mei 05, 2013


Sebelum puak - puak Parti Angguk Saja tu keluar pergi mengundi, elok la diorang renungkan dulu apa yang dicatatkan dibawah ni. Moga - moga belum terlambat buat diorang untuk UBAH!!!
Profesor Dr. Sidek Baba memiliki maklumat jelas mengapa semua rakyat mesti menolak Anwar dan Pakatan Rakyat. 
Prof. Dr. Sidek Baba sudah menghuraikan banyak, saya tidak hendak ulas itu, saya hendak mengulas yang belum anda ketahui.

Di Parlimen Shah Alam, nama yang sudah dicadangkan ialah Datuk Dr. Hassan Ali sebagai Calon BN. Namun Datuk Dr. Hassan Ali bukanlah kemaruk kuasa. Jika Datuk Dr. Hassan Ali bertanding dia boleh menang, tetapi apakah keuntungan jangka panjangnya.

Dalam konteks PRU13, Presiden PAS Hj. Hadi Awang mula MENYERANG Anwar walaupun masih berlapik. Kata Hj. Hadi, kita tak mahu Calon jual Pil Kuda PKR. Kita tak mau calon Karl Marx dan Stalin serta Komunisme. 
Semua itu mengkritik pedas Anwar. Kemuncaknya di Damak, Kuantan Hj Hadi menyeru pengundi untuk mengundi calon Bebas bukan calon PKR!

Selepas PRU13, saya diberitahu Prof. Datuk Dr. Harun Din akan menggantikan Mursyidul Am PAS menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat. 

Hj. Hadi Awang bakal membawa masuk semula Datuk Nasharudin Mat Isa.

Saya juga diberitahu, beberapa nama besar PAS yang pro-DAP dan pro-Anwar seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar akan dikeluarkan. Manakala Datuk Mustapha Ali akan digantikan dengan Datuk Dr. Hassan Ali.

Selepas semua kerangka ini berjaya dilahirkan, maka PERPADUAN PAS-UMNO/BN di dalam BN akan diusulkan dalam Muktamar Agung PAS tahun depan. Dan PAS akan menjadi sebahagian ahli BN.

Apakah maksud saya jangka masa panjang tadi? Maksud saya ialah selepas Datuk Dr. Hassan Ali dilantik SUA PAS, kedudukan Datuk Nasharudin Mat Isa akan dimanafaatkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan Perpaduan UMNO/BN-PAS.

Saya dimaklumkan Datuk Nasharudin Mat Isa akan dilantik sebagai Senator dan dijangka menjawat jawatan Menteri Penuh yang akan memegang Portfolio Agama dan Hubungan Antarabangsa (Dunia Islam).

Manakala, Hj. Hadi Awang dijangka turut dilantik sebagai Menteri Penuh.

Kepada Prof, Saya mohon maaf memecahkan Rahsia ini, kerana saya fikir Umat Islam yang cintakan Perpaduan mesti mengetahui cerita ini.

Terima kasih.
Categories: , , ,

6 ulasan:

  1. saya sangat2 gembira jika ianya benar2 terjadi demi utk perpaduan org melayu dan keutuhan agama Islam

    BalasPadam
  2. saya sgt2 bersyukur kalau ianya benar2 terjadi demi utk keutuhan Islam di Malaysia dan utk perpaduan bangsa Melayu

    BalasPadam
  3. Bersyukur kpd allah sgt2 klu perkara ni terjadi

    BalasPadam
  4. satu strategy dan gerakan yang bagus demi Ugama Bangsa Melayu dan Negara.....serpihan dari PKR yang pro keamanan dan condong kepada keutuhan Islam ....patut dipautkan...akhirnya sukar untuk ISLAM MELAYU digugat >>>>>terus menjadi Negara Islam Moden dan berasional ....berurusan dan menjual beli dikalangan umah ....tersungkor lah yang cuba menidakkan ..kuasa ekonomi mantap dan berurusan bebas dari barangan haram....Negara mengecapi kemakmuran yang tulen dan dinamik....In sha Allah....

    BalasPadam
  5. Ok bagus, tapi undi BN DULU.

    BalasPadam
  6. Meremang dan gembira bila saya mendengar berita ini. namun demikian atas kedudukan getir demi kehormatan orang melayu, Agama Islam dan kelangsungan Sistem beraja, Kami terlebih dahulu perlu memenangkan BN dalam PRU kali ini. lepas itu kami dengan terbuka menerima PAS sebagia saudara seislam bersama-sama memakmurkan negara dan membentengi maksiat dalam negara tercinta ini. Bersatulah wahai kaum ku, moga-moga ALLAH merahmati kita semua. Amin..yaRabbal Alamain...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping