Khamis, Mei 09, 2013


Tahniah diucapkan kepada 50ribu orang yang hadir ke Stadium Kelana Jaya malam tadi. Nampak gayanya lepas ni Si Nurul Izzah tu kena jugak letak jawatan jadi wakil rakyat.

Dia kena ikut cakap 50ribu orang tu. Diorang semuanya dah sepakat menolak keputusan Pilihan Raya Umum kali ini. Termasuk la keputusan Si Nurul Izzah tu sendiri.

Sekali lagi SH cabar. Suruh pemimpin Pakatan Pembangkang tu semua letak jawatan sebagai wakil rakyat supaya Pilihan Raya boleh diadakan semula. Macam mana?

Kalau tidak, apa gunanya diorang berhimpun dalam hujan lebat malam tadi? Bukan ke itu tujuan diorang? Bukan ke diorang jugak yang menolak keputusan PRU yang lepas?

Jadi, bagi Si Nurul Izzah tu, dia kena la tulis surat letak jawatan dan hantar kepada pihak SPR seberapa segera yang mungkin. Kalau dia rasa berat sangat nak tulis, SH boleh bantu. Nanti SH tulis, dia tanda tangan je. Pun senang jugak!!!
PETALING JAYA, 8 Mei — Lebih 50,000 orang kebanyakkannya berpakaian hitam sedang berhimpun sekarang ini untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil anjuran Pakatan Rakyat (PR) di Stadium MBPJ Kelana Jaya di sini malam ini.

Hujan petang telah menyebabkan kesesakan lalulintas akan tetapi kebanyakkan hadirin turun dari Stesen LRT Kelana Jaya dan berjalan ke stadium yang berhampiran dengan jalan ke Lapangan Terbang Subang.

Diantara yang dijadualkan untuk bercakap dalam perhimpunan malam ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Anwar tiba dengan menaiki skuter lebih kurang jam 10 malam dan disambut dengan laungan "Kami anak Malaysia.

Hadirin yang memakai baju hitam memenuhi padang bola dan tempat duduk stadium. Diberitakan, jalan-jalan menghala ke stadium seperti Lebuhraya NKVE masih lagi sesak sehingga kini.

Ribuan yang tidak dapat masuk ke stadium, berhimpun diluar untuk menunjukkan solidariti.

Di Rusila, Marang, puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama PAS.

Mereka memenuhi perkarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan PAS termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Categories: , , ,

12 ulasan:

  1. Azam.. said

    Kalau melalak sampai pagi pun tak de kejadahnye. Yg kalah tetap kalah, yang menang tetap menang. Anuar boleh jadi Ketua Menetri P.Pinang. Ckp kat LGE tu agar Anuar ambik alih Peneng. Ada berani ka? PM?? No way...kalo KM(Ketua Menteri) tak dapat juga suruh Anuar jadi KM ( KETUA MENYALAK). Woff..woff!!

    BalasPadam
  2. Kalau pilihanraya dibuat semula tanpa penipuan SPR, dah gerenti BN kantoi,

    BalasPadam
  3. Jikalau PR terus menyatakan mereka menolak keputusan PRU13, jadi dalam masa 21 hari ni, korang kena bersedia dengan PRK bebsar-besaran manakala kerajaan PR seperti di kelantan, penang dan selangor perlu membubarkan dun masing-masing. sebab? korang mendapat kerusi parlimen/dun sekarang ni melalui sistem yang korang sendiri hentam. bercakap guna akal la, bukan sembrono

    BalasPadam
  4. Tahniah Nurul..... kerana berjaya menghasut anak anak muda menjayakan agenda keluarga kau dan membinasakan agama , bangsa sendiri. Teruskan.

    BalasPadam
  5. saya sokong barisan nasional! saya sokong Najib ! saya dah sekolah cina 6 tahun ! saya tahu betapa busuknya hati orang cina kepada orang melayu ! sedangkan buku rujukan masa saya belajar pun dorang boleh sorok sebab tak nak anak melayu jumpa dan lebih pandai daripada mereka ! apa yang orang melayu sokong sangat tah nk menegakan orang cina ni. semua tak tengok sejarah. semua tak paham sejarah. kalau negara dah isytihar darurat baru nak sedar. melayu mudah lupa. lebih2 lagi anak muda. semua pengaruh kawan2. padahal sendiri pun tak berapa byk ilmu. Allah maha besar. Allah telah meletakkan BN yang menang. takdir Allah. apa lagi yang anda mahu? nak tolak takdir Allah ke? astagfirullah. .nauzubillah... sekian.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama 10:36 PG ...

    Pendek je komen kamu tapi komen bodoh. Patutlah pun, tak reti komen rupanya.

    Kalau betul SPR menipu, tunjukkan bukti, buat laporan polis.

    Amerika dan pemerhati PRU pun kata PRU kali ini bersih dan telus, lu pulak pandai2 kata ada penipuan. Kalau BN tipu PR tak menang satu kerusi pun.

    Kata bodoh kang marah tapi memang bodoh pun.

    BalasPadam
  7. Gerak Saraf Untuk BN

    1.Pengundi Hantu

    BN buat rayuan undi semula dikawasan parlimen yang Pakatan menang dengan majoriti kecil dan mereka kecoh ada pengundi hantu spt Lembah Pantai
    http://malaysianreview.com/2013/05/05/keputusan-pru13-parlimen-lembah-pantai-12-myanmar-dan-bangladesh-ditahan-pengundi-hantu/
    Pilihanraya kecil terbukti BN boleh menang, jangan takut, bagi pengajaran sikit.

    2.Ketua Pembangkang

    BN propa agar DAP diberi ketua pembangkang
    http://belantan.blogspot.com/2013/05/anwar-kekal-teraju-ketua-pembangkang.html?showComment=1367993829994
    Biar puak melayu Pakatan tengok dan rasa seronoknya berketuakan DAP.

    3.MB Selangor

    BN propa agar DAP diberi MB Selangor. Ng Suee Lim pandai berbahasa Jawa, kalau perlu masuk jawikan.
    http://www.youtube.com/watch?v=-WzDz1eHbIg
    Biar puak melayu Pakatan tengok dan rasa seronoknya berMBkan DAP. Dah rasa baru tau.

    4.Buy Malay

    5.3 juta pengundi BN ( 3.9j Bumi/pribumi, 0.8j india, 0.6j cina) layak BRIM.
    Kalau bagi RM tentu habis ke kedai bukan bumi. Jadi BRIM RM600 ditukar RM50/bln
    dalam bentuk 2 kampit beras BERNAS 10kg/bln di agih melalui wakil rakyat/cawangan
    supaya hubungan pengundi sentiasa tidak putus tiap bulan hingga pru14 dengan wakil BN.

    5.Hapuskan Subsidi Makanan

    Subsidi makanan 3 billion setahun dihapus bagi mengekalkan BRIM 5.3j x RM600 = 3.18b
    Jadi subsidi ini yang sebelum ini tidak sampai ke matlamat kerana diseludup, dapat sampai kerakyat.

    6. Subsidi lain yang boleh dihapus 74b

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
    Harga keperluan akan naik, tapi tidak bagi pengundi BN kerana mereka dapat subsidi itu secara terus.
    74b / 5.3j pengundi / 12 bln = RM 1200/bln bagi setiap pengundi BN.
    RM 1200 ini juga diberi dalam bentuk komoditi. Untuk mendapat RM mereka perlu menjual kepada baki penduduk 30j - 5.3j = 24.7j.
    Penduduk bandar mungkin mengambil beras, tepung, gula, susu dll. Penduduk kampung pula mengambil lembu, kambing, ayam dll.
    Jaringan penduduk bandar dan penduduk kampung ini akan membentuk rakan niaga.
    Mereka perlu diingatkan bahwa komoditi ini percuma hingga PRU14, selepas PRU14 mereka akan menjadi agen kepada BERNAS, NFC,
    dll serta perlu membayar komoditi ini pada harga agen bila bantuan ini dikurangkan secara perlahan. Tahun pertama lepas PRU14
    mungkin perlu bayar RM250 untuk komoditi RM1200 ini, meningkat RM250 tiap tahun hingga tahun keempat dan seterusnya RM1000 bagi komoditi RM1200 yang sama ini. Tiadalah monopoli seperti kedai 1M.
    BANTUAN INI HANYA HINGGA PRU14, KERANA GOLONGAN INI TELAH DIDIDIK NIAGA DAN DAPAT BERDIKARI SELEPAS PRU14.
    MEREKA PEMEGANG EKONOMI BARU DAN PEMEGANG EKONOMI LAMA PUPUS.

    BalasPadam
  8. Kalau nak batalkan PRU13 Pakatan perlu lepaskan jawatan Wakil Rakyar yang di menangi dalam PRU13.

    Mereka tak yakin atas kemenangan tersebut maka perlulah mereka meletak semua jawatan yang telah dimenangi.

    Biarlah rakyat menentukan sekali lagi bahawasanya kemenangan mereka itu Bersih atau tidak. Bersifat perkauman atau tidak.

    BalasPadam
  9. sudah2 la anak melayu, pilihanraya dah habis, sekarang masa untuk kita membentuk masa depan negara. Jangan asyik dok berpolitik hingga menterbalikkan keamanan negara. Kenapa kita tak jadikan negara luar sebagai contoh, habis pilihanraya semua berkerjasama membangunkan negara tanpa mengira fahaman politik. Pemimpin2 parti terutama Nik Aziz dan Hadi Awang tolong la redakan keadaan ni, jangan diikut perasaan, kembali kepada ketentuan Allah. Seapatutnya kita bermuhasabah diri kenapa setelah 13 kali pilihanraya pembangkang kalah dan BN masih memegang kuasa. Pada aku jawapannya senang saja, Allah tak izinkan kemenangan mereka, itu saja. Cuba renung, fikir dengan tenang, ini semua ketentuan Illahi, tidak ada siapa dapat melawan kehendakNya. Wallahuallam....

    BalasPadam
  10. JIka buat pilihanraya lagi sekali nampaknya Malaysia terpaksa berbelanja lebihlah...Harga perkhidmatan, upah dan membeli peralatan untuk pengundian kenalah disediakan.... bagus juga idea ini kerana ia akan menyebabkan kerugian kepada Malaysia dan KEUNTUNGAN kepada pembekal... kedai pencetak akan meraih keuntungan dan cara ini boleh memakmurkan mereka... Maka untuk keadilan kepada mereka yang menerima rezeki atas kebijakan rakyat yang hendak mengulang-ulang benda yang baik ini amatlah dihargai...

    BalasPadam
  11. bila bn nak lantik senator wakil bangla. hehehe...janji ditepati, gst sudah mali

    BalasPadam
  12. g jhnam dgn pr nuar aljburri smpai mmpoi pun x kn dpt jd pm mlaysia coz dia cuma mau mnjhanamkn negaraku yg trcnta gunakn agama utk mncpaicita2 dan bg 1 kaum tu bsr kapla dn cuba bkr api prkauman.yg i kaum lg jd lalang`

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping