Khamis, Mei 09, 2013


Tahiah SH ucapkan kepada YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob kerana kekal menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang.

Bagi SH, buat masa ini tidak ada orang yang mampu untuk mengisi kedudukan tersebut melainkan beliau kerana keadaan politik sesama. 

Sebab pembangkang ramai yang masih gentar dengan Dato' Sri. Dan ianya diperakui oleh Si Fuziah tu sendiri dalam blog dia sebelum ini. Jadi, memang kena sangat la Dato' Sri dikekalkan buat sekian kalinya. Tahniah sekali lagi SH ucapkan!!!
Kuantan: Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Menyimpan Rahsia Kerajaan negeri oleh Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar, akan diadakan di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan jam 5 petang, hari ini. 


Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Adnan Yaakob akan dilantik semula sebagai Menteri Besar.



Difahamkan, Adnan dalam pertemuan tertutup dengan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN), di sini, semalam memberitahu bahawa beliau akan berbuat demikian di hadapan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. 



Sumber berkata, Pengerusi BN itu bagaimanapun tidak memaklumkan mengenai pelantikan exco kerajaan negeri. 



Adnan, 63, yang juga Ketua UMNO Bahagian Bentong mula dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999 menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob (kini Tun), yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu. 
Beliau yang dianugerahkan gelaran ‘Datuk Seri Diraja’ oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 2010, yang juga penerima pertama dalam sejarah Pahang, dilihat tidak bermasalah untuk terus mendapat perkenaan Istana bagi jawatan berkenaan. 



Prestasi BN Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) merosot apabila kehilangan empat kerusi Parlimen serta 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding tewas dua kerusi Parlimen dan empat DUN pada 2008. 



Walaupun masih berjaya mengekalkan penguasaan dua pertiga di kerusi DUN, pencapaian pembangkang pada pilihan raya kali ini mengejutkan banyak pihak, terutama pemimpin BN negeri sendiri.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Sepatutnya Adnan Yaakub secara sukarela menolak jawatan tersebut,memandangkan beliau gagal mempertahankan prestasi BN kali ini berbanding tahun 2008.Pemilihan beberapa calun seperti Dato Wan Adnan dan calun Beserah memang menempah kekalahan,bukan calun utk menang.Di Raub pun sama Dato Ho dan calun Teras,manakala Saharuddin Muin elok sangat di rehatkan,tengok saja berapa mejority yg di perolehinya kali ini,hampir bungkus.Di Temerloh, Anwar Yunus juga calun yg di katakan akan kalah sebelum masuk gelanggan lagi,di tambah pula Sarifuddin Abdullah dan Shakar tidak bermain sebagai satu team.Dato Sharifuddin memamng dari awal pun tidak patut di letakan,kerana personelity elite dan matality leiberalnya yg tidak sesui utk masyarakat kampung.

    BalasPadam
  2. adnan bagus dia ultra melayu

    BalasPadam
  3. Dah takder org lain ke? Apa dia dah buat utk kemajuan pahang selama ni?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping