Jumaat, Mei 10, 2013


Tahniah SH ucapkan kepada Si Khalid Gagap tu sebab dapat jadi Menteri Besar Selangor buat sekian kalinya. Senang sikit la orang nak balun PKR lepas ni.

Dah tentu - tentu Si Azmin Ali tu akan terus meroyan dalam partinya sendiri. Ingat dia setakat nak berdiam diri dan angguk je ke dengan keputusan yang telah dibuat?

Jangan harap beb! Dah tentu Bang Min ada strategi lain yang akan digunakan untuk terus menjahanamkan politik Si Khalid Gagap tu nanti. Tak percaya tunggu la.

Sebelum ini, Si Azmin tu beria - ia mempertikaikan pencalonan Khalid sebagai MB Selangor. Dia kata, pencalonan tu tidak melalui 'Konsensus Pakatan'.

Tapi, nampak gayanya kenyataan Bang Min tu jelas disangkal oleh Setiausaha Agung PKR sendiri. Katanya, 'konsensus Pakatan' sudah sebulat suara. Mana satu yang betul ni?

Sekarang, apa yang pasti, PKR sedang berada diambang perbalahan yang cukup kuat. Masing - masing dah mula berebut Kuasa demi untuk kepentingan diri mereka sendiri. Bukannya diorang buat semua tu untuk memperjuangkan rakyat sangat!!!
Selang beberapa jam selepas Mohamed Azmin Ali mempertikaikan berhubung proses menamakan calon menteri besar Selangor dan mengkritik pentadbiran negeri sebelum ini, PKR tampil dengan satu kenyataan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah mendapat restu Pakatan Rakyat (PR) untuk diangkat semula menjawat jawatan itu. 

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua nama telah dicadangkan kepada pimpinan parti dan nama Khalid dipilih untuk kekal sebagai menteri besar. 

"Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, PKR telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang berjaya memenangi kerusi mereka... ," tulis kenyataan media itu. 

Namun, "Pas dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini," tulis kenyataan media itu lagi.

Sehubungan itu, Saifuddin menyeru seluruh rakyat Selangor dan Malaysia amnya terus bermuafakat demi agenda perubahan negara. 

"Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua," katanya. 
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Jadi berterusanlah Cina DAP membuka lebih banyak lagi rumah2 urut, tempat2 judi dan mengorek Pasir utk dijual ke Singapura.
    Bekalan Air bersih akan meruncing di 2014.
    You reap what you sow, congratulations to the people of Selangor.

    BalasPadam
  2. Azmin ni 6 kali ganda bijak dari khalid, dan khalid pula 6 kali ganda sengal dari azmin, orang sengal dan bengap jika diberi kuasa bermakna senang le nak tarik rambut jadi khadam puak-puak tertentu, tapi kalau diperhatikan DAP rupanya yang 10 kali lebih bijak dan PAS 60 kali lebih sengal,bengap,bangang atau sewaktu dengannya berbanding parti dalam pakatan, atau dipendekkan cerita majoriti rakyat selangor le yang paling merana memilih si bengap jadi pemimpin, masih ku kenang kata-kata mengasyikkan ini "MANIFESTO BUKAN JANJI", apapun pada rakyat selangor,inilah pilihan anda.

    BalasPadam
  3. x kesah la khalid gagap ke.. gugup ke.. yg penting puak Umno meleleh ayor lior x dpt Selangor... kah kah kah.. buat isu mcm2 x mnjadi jugak.. drpd isu air, sampah , ibu tunggul ntah mcm2 la.. woi Umno.. tolong la kreatif cikit ye..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping