Isnin, Mei 27, 2013


Kot ye pun Pemuda PAS Gombak ni nak marah pada PKR dan AMK, tak payah la nak dikaitkan dengan orang lain. Bergaduh sesama sendiri sudah la.

Paling lawaknya tu, Pemuda PAS Gombak pulak yang buat komen terhadap kenyataan Si Sam Ketot menghina Hadi Awang dalam Kongres PKR sebelum ini. 

Walhal, dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, Pemuda PAS tu jugak yang jadi Macai PKR di Gombak. Pun diorang masih tak sedar diri jugak ke?

Sudah - sudah la nak mengarutnya woi! Dah terang - terang dah PKR ni parti yang tak boleh nak dipercayai. Diorang ni ibarat anjing. Ikut mana sekali pun, nak pegang dia kita kena samak. Tapi, PAS jugak nak berkawan dengan Anjing, sapa suruh!!!
Pemuda PAS Gombak membalas kritikan yang dilemparkan oleh AMK terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menuduh sayap PKR itu menjadi penyambung lidah `macai’ Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.

Ketuanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, Pemuda PAS menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media.

Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR (Azmin Ali) mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, kini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.

Shamsul didakwa membuat kenyataan itu ketika berucap di kongres nasional PKR di sini pada hari Sabtu lalu.

Menurut Syarhan, AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan wakil-wakil rakyat PKR supaya tragedi Perak tidak berulang lagi.

“Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihan raya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada 2008.

“Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 Pakatan Rakyat dimalukan dengan insiden-insiden wakil rakyat PKR keluar parti seperti di Parlimen Bayan Baru, Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.

“Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat,” katanya dalam kenyataan media.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Pemimpin Pas maksum, xboleh kena tegur..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping