Jumaat, Mei 03, 2013


Tidak dapat nak dinafikan lagi bahawa Si Ketua Penipu tu bertindak untuk menafikan hak rakyat Malaysia untuk pulang mengundi dikawasan masing - masing.

Hal itu ditimbulkan oleh Si Ketua Penipu tu apabila dia membuat tuduhan kononnya Barisan Nasional akan membawa 'Pengundi Hantu' dari Sabah dan Sarawak pulang ke Semenanjung.

Hakikatnya, ramai rakyat dari Semenanjung yang telah ditugaskan ke Sabah dan Sarawak. Ini termasuk dari golongan Cikgu dan Kakitangan Kerajaan.

Tak ketinggalan juga bagi mereka yang menjadi Pensyarah yang dihantar ke Sabah dan Sarawak untuk mendidik anak - anak watan tempatan.

Jadi, adakah mereka ini tidak layak untuk pulang mengundi ditempat asal mereka sendiri? Adakah orang - orang itu perlu ditahan dan dinafikan hak untuk mereka mengundi?

Jangan cerita orang dari Sabah dan Sarawak la Bang Non oi!!! Berapa ramai anak Kelantan yang berada di perantauan pulang balik mengundi?

Kenapa dia tak kata pulak yang Rejim PAS Kelantan bawak 'Pengundi Hantu' balik ke Kelantan untuk memenangkan PAS di Negeri tersebut?

Boleh dikatakan, hampir ratusan ribu rakyat Kelantan yang berada disekitar Kuala Lumpur mula bergerak pulang ke kampung halaman mereka mulai hari ini.

Tak pulak Si Ketua Penipu tu kata mereka semua tu 'Pengundi Hantu' yang diimport dari luar. Kenapa dia tak tuduh PAS Kelantan seperti mana yang dia tuduh BN?

Jelas, tindakan Si Ketua Penipu tu hanya merupakan satu indikasi untuk mewujudkan pertikaian dikalangan rakyat terhadap proses pengundi pada 5 Mei nanti.

Sebenarnya, dia hanya mahu menyediakan alasan untuk diberikan kepada rakyat selepas dia kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum kali ini.

Bila rakyat tanya, kenapa Pakatan tewas, maka dia dah tentu - tentu dia akan salahkan 'Pengundi Hantu'. Itu je tujuan dia. Bukannya kita tak tau. Dah nama pun Ketua Penipu. Jadi, kalau tak menipu memang tak sah!!!
PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tidak menghairankan sekiranya ramai pengundi dari Sabah dan Sarawak pulang ke Semenanjung menjelang hari pengundian, Ahad ini.

Ini kerana katanya, mereka adalah daftar pemilih berdaftar yang pulang tunaikan tanggungjawab mengundi.

“Adakah salah jika mereka pulang mengundi. Realitinya ramai rakyat negara ini bekerja dan mengundi di tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas meninjau undi pos luar negara di Wisma Putra, semalam.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping